Jumaat, 27 November 2020 | 11:43am
Bos Tottenham, Jose Mourinho akan membawa pasukannya menentang skuad kendalian bekas anak didiknya, Chelsea pada saingan Liga Perdana. - AFP
Bos Tottenham, Jose Mourinho akan membawa pasukannya menentang skuad kendalian bekas anak didiknya, Chelsea pada saingan Liga Perdana. - AFP

Mourinho, Lampard kembali bertarung

LONDON: Jose Mourinho akan membawa pasukannya yang kini berada di kedudukan teratas liga berdepan bekas kelab, Chelsea awal pagi Isnin nanti bagi membuktikan dia kini berada di tempat sepatutnya di Liga Perdana.

Empat kemenangan berturut-turut membawa Spurs 20 mata selepas sembilan perlawanan, di depan Liverpool menerusi perbezaan jaringan namun skuad Frank Lampard hanya dua mata di belakang.

Juara bertahan, Liverpool akan berkunjung ke Brighton, manakala pasukan kurang sentuhan gol, Manchester City akan menjadi tuan rumah kepada Burnley di kedudukan ke-13 manakala Arsenal mencari kemenangan untuk kembali meningkatkan prestasi pasukan.

Bos Spurs, Mourinho ada sesuatu mahu dibuktikan berdepan Lampard, yang dibimbingnya meraih dua gelaran liga dekat Stamford Bridge.

Mourinho dan bekas pemain tengah Chelsea itu sudah berdepan empat kali dalam pelbagai kejohanan.

Lampard memberikan Mourinho kekalahan memalukan apabila pasukannya, Derby menyingkirkan Manchester United yang diketuai Mourinho daripada Piala Liga menerusi penalti pada 2018.

Selepas kembali selaku pengurus Chelsea, Lampard dua kali mengatasi bekas bosnya itu yang kini mengemudi Tottenham dalam Liga Perdana musim lalu.

Mourinho enggan bercakap mengenai gelaran juara selepas kemenangan 2-0 minggu lalu mengatasi Manchester City yang membawa mereka ke persada liga.

"Orang tidak boleh menjangkakan kami untuk datang ke sini dan selepas semusim kami bertarung untuk gelaran," katanya kepada BBC.

"Kami bukan bertarung untuk gelaran, kami hanya bertarung untuk menang semua perlawanan. Tapi kami akan tewas juga perlawanan, kami akan seri." - AFP

Berita Harian X