Sabtu, 21 November 2020 | 10:49pm
Pemain Newcastle, Federico Fernandez (Nombor 18) menjaringkan gol sendiri ketika aksi menentang Chelsea sebentar tadi.
Pemain Newcastle, Federico Fernandez (Nombor 18) menjaringkan gol sendiri ketika aksi menentang Chelsea sebentar tadi.

Chelsea benam Newcastle

LONDON: Chelsea melonjak selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menundukkan Newcastle United 2-0 di St James Park, sebentar tadi.

Anak buah Frank Lampard itu mendominasi sebahagian besar permainan dan mendahului permainan hanya selepas 10 minit perlawanan berlangsung.

Hantaran lintang Mason Mount ditampan masuk pertahanan Newcastle, Federico Fernandez untuk memberikan gol pendahuluan kepada The Blues.

Chelsea bagaimanapun mensia-siakan beberapa peluang untuk melebarkan jurang dan menamatkan babak pertama hanya dengan satu gol.

Tammy Abraham bagaimanapun meledak gol kedua buat Chelsea pada minit ke-65 selepas menyudahkan hantaran Timo Werner menerusi satu serangan balas pantas.

Newcastle kurang memberikan cabaran kepada Chelsea dengan kekalahan itu pasti memberikan tekanan kepada pengendali Toon, Steve Bruce. -Agensi

Berita Harian X