Rabu, 28 Oktober 2020 | 10:45am
Penyerang Atalanta dari Colombia, Duvan Zapata (jersi biru hitam) menjaringkan gol pasukannya pada aksi bertemu Ajax di Stadium Atleti Azzurri d'Italia, Bergamo, utara Itali. - Foto AFP
Penyerang Atalanta dari Colombia, Duvan Zapata (jersi biru hitam) menjaringkan gol pasukannya pada aksi bertemu Ajax di Stadium Atleti Azzurri d'Italia, Bergamo, utara Itali. - Foto AFP

2 gol Zapata bantu selamatkan Atalanta

BERGAMO, Itali: Duvan Zapata meledak dua gol pada babak kedua ketika Atalanta bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Ajax 2-2 dalam saingan pertama Liga Juara-Juara di sini.

Perlawanan Atalanta di Eropah musim lalu semuanya berlangsung di stadium dekat Milan, San Siro ketika gelanggang mereka dinaiktaraf mengikut peraturan UEFA.

Tuan rumah bermula goyah ketika pulang ke Stadium Gewiss dalam saingan berlangsung secara tertutup dekat utara Itali kerana krisis COVID-19.

Ajax dua gol di depan hasil kesilapan Atalanta dengan Dusan Tadic menyempurnakan penalti dan Lassina Traore mengambil kesempatan kesilapan penjaga gol tuan rumah.

Skuad kendalian Gian Piero Gasperini menang saingan pembukaan 4-0 berdepan kelab Denmark, Midtjylland dengan Ajax tewas 1-0 kepada Liverpool.

Atalanta kini di kedudukan kedua Kumpulan D, dua mata di belakang Liverpool yang menewaskan Midtjylland 2-0 dengan dua pasukan teratas itu akan bermain dekat Bergamo pada 3 November. Ajax ketiga dengan satu mata.

"Ini adalah dua mata kami cicirkan jika anda lihat pada 90 minit permainan," kata jurulatih Atalanta, Gasperini. Kini kami menentang Ajax untuk layak."

- AFP

Berita Harian X