Khamis, 1 Oktober 2020 | 9:11am
Pemain Munich meraikan kejayaan pada Piala Super selepas menewaskan Borussia Dortmund di Munich. - AFP
Pemain Munich meraikan kejayaan pada Piala Super selepas menewaskan Borussia Dortmund di Munich. - AFP

Bayern juara Piala Super Jerman

MUNICH: Bayern Munich meraih gelaran kelima mereka tahun ini ketika jaringan Joshua Kimmich memastikan kemenangan 3-2 mengatasi Borussia Dortmund pada Piala Super Jerman.

Tuan rumah, Bayern mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi Corentin Tolisso dan Thomas Mueller namun Erling Braut Haaland menyamakan kedudukan pada awal babak kedua selepas jaringan Julian Brandt buat Dortmund sebelum rehat.

Bagaimanapun Kimmich menyempurnakan malam yang cemerlang buat pasukannya di Allianz Arena.

"Joshua pemain yang hebat. Cara dia menjaringkan gol itu," kata kapten Bayern, Manuel Neuer.

Selepas rekod 23 perlawanan mereka ditamatkan dengan kekalahan mengejut di tangan Hoffenheim Ahad lalu, Bayern kembali bangkit.

"Dia (Kimmich) memiliki kualiti yang besar, dia berada pada tahap terbaik," kata ketua jurulatih Bayern, Hansi Flick yang skuadnya menang gelaran Bundesliga kelapan berturut-turut, Piala Jerman, Liga Juara-Juara dan Piala Super UEFA tahun ini.

Ini adalah kali keempat dalam lima tahun Bayern menang saingan itu. - AFP

Pemain Bayern Munich, Joshua Kimmich (kiri) cuba dihalang pemain Borussia Dortmund pada aksi perlawanan awal pagi tadi. - Foto EPA
Pemain Bayern Munich, Joshua Kimmich (kiri) cuba dihalang pemain Borussia Dortmund pada aksi perlawanan awal pagi tadi. - Foto EPA

Berita Harian X