Ahad, 27 September 2020 | 1:19pm
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp. - Foto AFP
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp. - Foto AFP

Klopp bimbang aura Arteta

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya rakan sejawatnya di Arsenal, Mikel Arteta sudah membawa perubahan yang positif dalam kelab itu.

Katanya, The Gunners kini kembali bersemangat selepas muncul juara Piala FA, Perisai Komuniti dan mencatat dua kemenangan dalam dua aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, anak buah Arteta akan berdepan ujian paling sukar musim ini apabila berkunjung ke Anfield, awal pagi Selasa ini yang mana skuad kendalian Klopp tidak pernah tewas dalam 60 perlawanan.

Arteta menyifatkan Anfield adalah tempat paling sukar di dunia untuk ditempuhi namun mereka tetap yakin mampu melakar keputusan positif berdasarka dua kemenangan ke atas juara musim lalu itu dalam tempoh tiga bulan lalu.

Pierre-Emerick Aubameyang adalah kunci utama dalam kebangkitan Arsenal, menjaringkan dua gol bagi aksi separuh akhir dan final Piala FA dengan menewaskan Manchester City dan Chelsea.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta. - Foto AFP
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta. - Foto AFP

Dia turut meledak satu gol ketika membantu Arsenal muncul juara Perisai Komuniti yang berakhir dengan penentuan penalti bertemu Liverpool.

Arteta mengikut cara Klopp dengan mengancam kubu lawan dari kawasan tepi dan Aubameyang di lihat menggunakan ruang susulan ketiadaan Trent Alexander Arnold sebelum mara ke depan. 

"Dengan kepantasan yang mereka ada untuk melakukan serangan balas, ia bakal membuatkan anda berdepan masalah," kata Klopp.

Kecederaan yang dialami Alexander Arnold menyaksikan dia terlepas perlawanan Perisai Komuniti dan Aubameyang menggunakan kesempatan itu dengan mudah selepas posisi berkenaan diisi pemain kurang berpengalaman, Neco Williams.

Namun, kembalinya pemain antarabangsa England itu, mungkin akan memberikan sedikit perbezaan buat pasukan Liverpool.

Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang. - Foto AFP
Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang. - Foto AFP

Thiago diuji positif COVID-19. - AFP
Thiago diuji positif COVID-19. - AFP

Liverpool juga memberi bayangan akan cuba mempertahankan kejuaraan liga dengan membawa masuk pemain berbakat bertaraf dunia, Thiago Alcantara.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu sudah memberi gambaran awal mengenai kualiti yang dimilikinya apabila melakukan lebih banyak hantaran berbanding pemain Chelsea walaupun hanya masuk pada babak kedua hujung minggu lalu ketika menang 2-0 di Stamford Bridge.

Kecederaan yang dialami Jordan Henderson bermakna Alcantara berkemungkinan bakal dibariskan dalam kesebelasan utama. - AFP

Berita Harian X