Jumaat, 18 September 2020 | 8:08am
Skuad Tottenham Hotspur kendalian Jose Mourinho bangkit selepas ketinggalan dalam saingan Liga Europa di Bulgaria. - AFP
Skuad Tottenham Hotspur kendalian Jose Mourinho bangkit selepas ketinggalan dalam saingan Liga Europa di Bulgaria. - AFP

Spurs hampir diaib Lokomotiv Plovdiv

LONDON: Tottenham meledak dua kali dalam 10 minit terakhir untuk mengelak daripada tersingkir daripada Liga Europa di tangan Lokomotiv Plovdiv ketika skuad kendalian Jose Mourinho bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pasukan Bulgaria itu 2-1 pagi tadi.

Penalti Harry Kane dan gol kemenangan Tanguy Ndombele lima minit sebelum tamat memastikan finalis Liga Juara-Juara 2019 tidak kalah dalam halangan pertama kempen Liga Europa kepada pasukan yang tidak pernah mara melepasi pusingan kelayakan kejohanan Eropah itu.

"Saya rasa ia pengalaman yang sukar buat pemain. Kadangkala dalam bola sepak, berlaku keajaiban dan apabila anda bermain pada saingan kalah mati, satu perlawanan cukup sempurna buat ianya berlaku.

"Setiap orang ada saat masing-masing ketika mereka boleh mengimpikan sesuatu dan melalui saat yang kami percaya impian boleh tiba."

Mourinho membariskan skuad terbaik termasuk Kane, Hugo Lloris dan Son Heung-min dengan hanya empat perubahan daripada skuad yang tewas 1-0 kepada Everton pada permulaan kempen Liga Perdana mereka.

Namun jelas Spurs terdesak untuk mendapatkan Gareth Bale secara pinjaman dari Real Madrid ketika mereka bergelut untuk memecah benteng Plovdiv dan ketinggalan di belakang tandukan Georgi Minchev 19 minit sebelum tamat. - AFP

Berita Harian X