Sabtu, 8 Ogos 2020 | 9:12am
PEMAIN Juventus, Cristiano Ronaldo beraksi dalam perlawanan menentang Lyon pada aksi Liga Juara-Juara di Turin. - Foto AFP
PEMAIN Juventus, Cristiano Ronaldo beraksi dalam perlawanan menentang Lyon pada aksi Liga Juara-Juara di Turin. - Foto AFP

Ronaldo tidak cukup atasi "sumpahan" Juve

TURIN, Itali: Pengendali Juventus Maurizio Sarri berkata dia kecewa apabila gergasi Itali itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara di tangan Lyon walaupun dua gol Cristiano Ronaldo memberikan kemenangan 2-1 pada aksi timbal balik.

"Saya amat kecewa, saya faham bagaimana pertandingan ini ibarat sumpahan untuk Juve," kata Sarri yang mengambil alih pasukan pada musim panas lalu.

Skuad dari Turin itu pernah memenangi kejohanan berkenaan sebanyak dua kali, kali terakhir pada tahun 1996.

Juve yang masih segar dengan kejuaraan liga kesembilan berturut-turut di Itali, berdepan lawan yang tidak beraksi dalam liga sejak lima bulan lalu selepas Ligue 1 dibatalkan akibat COVID-19.

"Penyesalannya ialah dibolosi pada babak pertama di Lyon. Pada peringkat ini ia amat bermakna.

"Saya akan pulang dengan kesedihan kerana kami tewas, tetapi malam ini kami mengharungi perlawanan yang baik," katanya. - AFP

Berita Harian X