Sabtu, 8 Ogos 2020 | 8:18am
PEMAIN Lyon, Memphis Depay menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dalam perlawanan menentang Juventus di Turin. - Foto AFP
PEMAIN Lyon, Memphis Depay menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dalam perlawanan menentang Juventus di Turin. - Foto AFP

Gol tempat lawan julang Lyon

TURIN, Itali: Pengendali Lyon Rudi Garcia memuji anak buahnya selepas menyingkirkan Juventus yang diperkuat Cristiano Ronaldo untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Penalti awal permainan kapten Lyon, Memphis Depay memastikan kemaraan mereka ke suku akhir walaupun tewas 2-1 pada aksi timbal balik di Turin.

Lyon akan berdepan Manchester City pada aksi suku akhir di Lisbon selepas menang menerusi jaringan di tempat lawan apabila terikat 2-2 secara agregat.

"Kami berdepan lawan yang mempunyai makhluk asing dalam skuad mereka," kata Garcia berkenaan pemenang lima kali Ballon d'Or, Ronaldo yang menjaringkan kedua-dua gol Juventus pada aksi berkenaan.

PEMAIN Lyon, Memphis Depay meraikan jaringannya dalam perlawanan menentang Juventus di Turin. - Foto AFP
PEMAIN Lyon, Memphis Depay meraikan jaringannya dalam perlawanan menentang Juventus di Turin. - Foto AFP

Bagaimanapun penalti minit ke-12 Depay memberi tekanan kepada Juventus untuk merapatkan jurang dan Ronaldo menyamakan kedudukan dengan penalti di babak pertama sebelum meledak gol kedua pada minit ke-60.

Namun Lyon terus bertahan dengan asakan Juve untuk memastikan tempat di suku akhir pada 15 Ogos nanti. - AFP

Berita Harian X