Selasa, 28 Julai 2020 | 6:56am
JURGEN Klopp dipilih sebagai Pengurus Tahunan Terbaik Persatuan Pengurus Liga.
JURGEN Klopp dipilih sebagai Pengurus Tahunan Terbaik Persatuan Pengurus Liga.

Klopp pengurus tahunan terbaik

LONDON: Jurgen Klopp dipilih sebagai Pengurus Tahunan Terbaik Persatuan Pengurus Liga awal pagi tadi selepas menamatkan penantian 30 tahun Liverpool untuk menang Liga Perdana.

Klopp mengemudi Liverpool meraih gelaran Liga Perdana pada musim yang sama mereka bergelar juara Dunia Kelab FIFA.

Pengumuman anugerah kepada pengendali Jerman itu dibuat bekas pengendali Manchester United, Alex Ferguson.

"Jurgen, menakjubkan," kata Ferguson di Sky Sports. "Kita bercakap mengenai Leeds menghabiskan 16 tahun dalam Liga Kejuaraan, tapi Liverpool 30 tahun sejak menang liga itu, menakjubkan.

"Anda sememangnya berhak. Tahap persembahan pasukan anda menakjubkan. Personaliti anda melalui keseluruhan kelab. Ia persembahan yang hebat.

"Saya memaafkan awak kerana mengejutkan saya pada jam 3.30 pagi untuk memberitahu saya anda menang liga! Terima kasih, tapi sebenarnya anda memang berhak. Tahniah."

Bekas bos Borussia Dortmund, Klopp nberkata kepada Ferguson: "Saya tahu ia tidaklah 100 peratus sepatutnya sebagai pengurus Liverpool, tapi saya mengaguminya. Saya masih ingat dialah pengurus British pertama saya jumpa.

"Kami bersarapan bersama. Saya tidak pasti sama ada dia ingat tetapi saya ingat kerana bagi saya saat seperti ini seolah bertemu Pope. Ia amat hebat dan sejak musim itu kami serasi.

"Saya tidak fikir pada ketika ini saya akan memiliki trofi di tangan saya yang dinamakan sempena namanya." - AFP

Berita Harian X