Khamis, 16 Julai 2020 | 8:36am
Penjaga gol Newcastle United, Martin Dubravka (kanan) hanya mampu melihat bola rembatan penyerang Tottenham Hotspurs, Harry Kane (tengah) singgah ke dalam gawangnya pada perlawanan awal pagi tadi. - Foto AFP
Penjaga gol Newcastle United, Martin Dubravka (kanan) hanya mampu melihat bola rembatan penyerang Tottenham Hotspurs, Harry Kane (tengah) singgah ke dalam gawangnya pada perlawanan awal pagi tadi. - Foto AFP

Kane menakjubkan - Mourinho

NEWCASTLE, United Kingdom: Jose Mourinho melabelkan komitmen Harry Kane terhadap Tottenham sebagai "menakjubkan" selepas kapten England itu menjaringkan gol ke-200 kelab ketika menang 3-1 di Newcastle awal pagi tadi.

Kane juga cedera dan Fabian Schar terseliuh bahu ketika meledak gol keduanya pada minit terakhir dan Tottenham kini naik ke tangga ketujuh dan menghidupkan peluang untuk ke Liga Europa musim depan.

Mourinho memuji sumbangan Kane yang bermain hampir setiap minit dalam empat perlawanan terakhir Spurs dalam tempoh 13 hari.

"Harry Kane tahu betapa dia sangat penting, dia menakjubkan," kata Mourinho. "Selepas proses pemulihan yang sukar, dia bermain setiap minit perlawanan, ini adalah perlawanan keempat dengan selang dua hari antaranya, hanya kami yang melaluinya, dan Harry memberikan apa sahaja."

Semua kecuali 16 gol dari 201 dijaringkan Kane buat kelab berkenaan hadir bersama Tottenham selepas pernah dipinjamkan ke Leyton Orient, Millwall dan Leicester pada awal kariernya.

"201 dalam 350 perlawanan liga – ia bukanlah teruk!" kata Kane.

"Adalah sesuatu yang hebat untuk sampai ke tahap itu tetapi mata lebih penting. Saya harap dapat beberapa lagi gol sebelum musim tamat." - AFP

Berita Harian X