Isnin, 6 Januari 2020 | 3:19pm

Kelab kerdil lepas peluang ikat PSG

PARIS: Paris Saint-Germain merehatkan bintangnya Neymar dan Kylian Mbappe sebelum menewaskan kelab amatur dari divisyen enam, Linas-Montlhery 6-0 dalam aksi Piala Perancis.

Kelab dibarisi pemain-pemain sambilan itu terlepas peluang menyamakan kedudukan ketika ketinggalan 1-0 apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti.

PSG mendahului menerusi pemain remaja Adil Aouchiche pada minit ke-30 dan Linas-Montlhery berpeluang bangkit apabila Colin Dagba dijatuhkan oleh Issa Cisse.

Sepakan Idrissa Kanoute bagaimanapun diselamatkan penjaga gol Sergio Rico.

Kurang seminat kemudian bintang Uruguay Edinson Cavani menambah jaringan untuk PSG. 

Cavani yang memulakan permainan buat pertama kali dalam tempoh dua bulan, menambah jaringan pada minit ke-60 sebelum Pablo Sarabia turut menyumbang dua gol dan Eric Maxim Choupo-Moting melengkapkan kemenangan PSG.

“Kami bermain dengan bersungguh-sungguh dan rendah diri,” kata pengendali PSG Thomas Tuchel.

“Kami berhak menang, ia perlawanan yang bagus untuk pasukan dan kelab serta permulaan baik bagi tahun 2020.” – AFP

 

Berita Harian X