Jumaat, 29 November 2019 | 10:04pm
PENYERANG sensasi, Kipre Tchetche tiba di Kedah. Foto FB FA Kedah
PENYERANG sensasi, Kipre Tchetche tiba di Kedah. Foto FB FA Kedah

Kipre tiba di Kedah

[email protected] 

ALOR SETAR: Penyerang sensasi, Kipre Tchetche tiba di Kedah bagi melengkapkan perpindahannya bersama skuad Lang Merah sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Ketibaan pemain itu pagi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAB) Alor Setar diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) melalui laman rasmi pasukan itu dan disambut oleh pegawai, pengurusan KFA serta puluhan penyokong setia Kedah.

Pemain berusia 32 tahun kelahiran Ivory Coast itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum disahkan sebagai pemain skuad Lang Merah bagi musim depan. 

Seorang penyokong tegar Kedah, Faiz Fadzil dari Jitra, berkata dia sudah merancang untuk hadir menyambut kedatangan Kipre sebaik KFA mengumumkan ketibaannya. 

"Saya hadir untuk menghadiahkan mafla Kedah sebagai cenderahati kepada Kipre sebagai tanda ucapan 'selamat datang' ke negeri Jelapang padi ini.

"Keceriaan dan kemesraan yang dipamerkan Kipre sebaik melangkah keluar dari ruang ketibaan menambahkan lagi semangat kami sebagai penyokong yang mengharapkan dia suka berada di sini,” katanya.

KFA sebelum ini mengesahkan Kipre dan beberapa pemain tempatan baharu yang diumumkan Kedah akan diraikan dalam satu majlis menandatangani kontrak yang akan diadakan pada Selasa ini.

 

 

Berita Harian X