Khamis, 20 Jun 2019 | 7:08am
MAURIZIO Sarri
MAURIZIO Sarri

Sarri tiba di Turin

TURIN, Itali: Maurizio Sarri tiba di Turin awal pagi tadi sebelum diperkenalkan sebagai jurulatih gergasi Serie A, Juventus.

“Sarri sudah tiba di Turin,” kata kelab itu dalam laman sesawang mereka bersama gambar bekas bos Chelsea itu keluar dari jet persendirian.

“Ketua jurulatih baharu Juventus itu sudah mendarat di Turin awal pagi ini. Selamat datang Sarri.”

Bekas pegawai bank berusia 60 tahun itu akan mengadakan sidang akhbar pertama di ‘Gianni and Umberto Agnelli Hall’ Juventus dekat Stadium Allianz hari ini.

Di dewan sama bintang Portugal, Cristiano Ronaldo memberikan sidang akhbar pertama selepas ditandatangani Julai tahun lalu.

Sarri kembali ke Itali menerusi perjanjian tiga tahun selepas meninggalkan pasukan tempat kelahirannya Napoli ke Stamford Bridge, tempat dia berdepan kempen yang bermasalah.

Dia gagal mendapat kepercayaan Chelsea walaupun membawa kembali kelab itu ke Liga Juara-Juara menerusi tempat ketiga dalam Liga Perdana dan menang Liga Europa yang juga trofi utamanya selaku jurulatih. - AFP

Berita Harian X