Khamis, 6 Jun 2019 | 7:51am
Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo cuba dihalang pemain Switzerland, Kevin Mbabu pada perlawanan Liga Negara-Negara Eropah, di Stadium do Dragao, Porto awal pagi tadi. - Foto REUTERS
Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo cuba dihalang pemain Switzerland, Kevin Mbabu pada perlawanan Liga Negara-Negara Eropah, di Stadium do Dragao, Porto awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Ronaldo 'genius' bawa Portugal ke final

PORTO: Jurulatih Portugal, Fernando Santos melabel Cristiano Ronaldo 'genius' selepas penyerang itu meledak hatrik ke-53 kariernya bagi membantu Portugal menewaskan Switzerland 3-1 dan mara ke final Liga Negara-Negara Eropah, awal pagi tadi.

Selepas Ronaldo membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-25, tuan rumah berpeluang menggandakan kelebihan tetapi dihalang Video Bantuan Pengadil (VAR) apabila pengadil, Felix Brych enggan menganugerahkan mereka penalti.

Sebaliknya, pelawat menyamakan kedudukan menerusi penalti apabila Brych mengubah keputusan awalnya untuk menjadikan kedudukan 1-1 menerusi Ricardo Rodriguez pada babak kedua yang hampir mengheret aksi ke masa tambahan.

Begitupun, Ronaldo membuktikan ketajamannya apabila meledak dua lagi gol ketika permainan berbaki dua minit untuk bertemu sama ada England atau Belanda di pentas final.

"Saya adalah jurulatihnya pada 2003 dan saya boleh lihat di mana dia akan berada," kata Santos. "Dia genius. Ada orang genius dalam lukisan dan ukiran dan dia adalah genius bola sepak."

Portugal mara ke peringkat empat terbaik tanpa kelibat penjaring terbanyak mereka itu apabila Ronaldo membuat keputusan untuk berehat selepas kekecewaan di Piala Dunia selain memberi tumpuan pada musim pertamanya di Juventus.

Pemain Switzerland, Xherdan Shaqiri melakukan sepakan percuma di hadapan pintu gol Portugal yang dikawal pemainnya pada perlawanan suku akhir Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Dragao, Porto awal pagi tadi. - Foto EPA

Pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or kembali kancah antarabangsa pada Mac lalu dan kembali mencuri tumpuan pada hari di mana tuduhan rogolnya dilaporkan digugurkan.

Tetapi penguam wanita Amerika Syarikat yang mendakwa dia dirogol bintang Juventus itu - yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Ronaldo - kemudian menafikan yang laporan berkenaan yang mengatakan ia sudah digugurkan.

Di depan peminat sendiri, Ronaldo membuktikan dirinya masih berbisa tetapi dia bukan satu-satunya bintang dengan tonggak Manchester City, Bernardo Silva dan penyerang muda Joao Felix turut mencuri tumpuan.

Switzerland turut melakukan beberapa cubaan berbahaya terutama menerusi pemain yang masih segar menjuarai Liga Juara-Juara bersama Liverpool, Xherdan Shaqiri tetapi memerlukan VAR untuk menyamakan kedudukan.

Penyerang pelawat yang beraksi bersama Benfica, Haris Seferovic turut berpeluang menambah gol tetapi tandukannya tersasar sebelum Portugal memanfaatkan kelebihan mereka menerusi ketajaman Ronaldo.

"Tahniah kepada Portugal. Mereka mempunyai pemain yang berbakat dan kemudian mempunyai pemain terbaik yang menjadi perbezaan. Empat cubaan, tiga gol," kata jurulatih Switzerland, Vladimir Petkovic. – AFP

Penyerang Portugal, Cristiano Rolando (tengah) melonjak tinggi menanduk bola ke gawang Switzerland pada aksi perlawanan separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah di Porto, awal pagi tadi. - Foto EPA
Penyerang Portugal, Cristiano Rolando (tengah) melonjak tinggi menanduk bola ke gawang Switzerland pada aksi perlawanan separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah di Porto, awal pagi tadi. - Foto EPA

Berita Harian X