Sabtu, 18 Mei 2019 | 5:25pm

El Dor perkuat benteng Perak

TAPAH: Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan penyertaan seorang lagi pemain import baharu ke dalam skuad The Bos Gaurus bagi menggantikan Zachary Michael 'Zac' Anderson yang cedera.

"Pengurus pasukan Perak Datuk Adly Shah Ahmad Tah akan buat pengumuman beliau sendiri berhubung perkembangan itu,” kata Ahmad Faizal selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Wesak Persatuan Penganut Agama Buddha Temoh, di sini hari ini..

SALAH sebuah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Timur Barat, berhampiran pasar raya besar Giant, Taman Connaught, Kuala Lumpur. - Foto Ihsan Bomba
SALAH sebuah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Timur Barat, berhampiran pasar raya besar Giant, Taman Connaught, Kuala Lumpur. - Foto Ihsan Bomba

"PAFA sudah mendatangani kontrak dengan seorang pemain Lubnan, Hussein El Dor sehingga penghujung musim ini dan dia adalah pemain pertahanan. Kontrak itu dibuat bagi menggantikan pemain yang baru menandatangani kontrak, Zac Anderson yang cedera dan mengambil masa untuk pulih.”

Dalam pada itu PAFA dalam kenyataanya hari ini turut mengumumkan bahawa El Dor, 25, bersetuju dan sudah menandatangani kontrak bersama skuad The Bos Gaurus bermula semalam sehingga penghujung musim ini bagi memperkuatkan barisan pertahanan pasukan.

Pemain pertahanan berketinggian 190cm itu tiba di Ipoh semalam dan dijangka akan diturunkan oleh ketua jurulatih, Mehmet Durakovic dalam aksi Liga Super menentang Pahang, esok di Kuantan. 

Menurut kenyataan itu, sebelum menyertai Perak, Hussein pernah beraksi untuk beberapa pasukan lain di Maldives dan Lubnan serta yang terbaharu pasukan I-League, Churchill Brothers SC.

El Dor akan menyarung jersi bernombor lima dan mengisi kuota pemain import menggantikan Anderson.

 

 

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. - Foto Muhaizan Yahya
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. - Foto Muhaizan Yahya
Berita Harian X