Jumaat, 8 March 2019 | 8:19am
WILLIAN bersama rakan sepasukan meraikan jaringan gol di Stadium Stamford Bridge. - Foto Reuters
WILLIAN bersama rakan sepasukan meraikan jaringan gol di Stadium Stamford Bridge. - Foto Reuters
PEDRO meraikan jaringan gol di Stadium Stamford Bridge. - Foto AFP
PEDRO meraikan jaringan gol di Stadium Stamford Bridge. - Foto AFP

Chelsea tundukkan Dynamo Kiev

LONDON: Chelsea mendominasi Dynamo Kiev bagi menguasai perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Europa menerusi jaringan Pedro Rodriguez, Willian dan Callum Hudson-Odoi yang membantu kemenangan 3-0 tuan rumah di Stamford Bridge, awal pagi ini.

Kelab London itu mungkin perlu memenangi pertandingan itu bagi memastikan mereka kembali ke Liga Juara-Juara musim depan, apabila mereka kini menghuni tangga keenam Liga Perdana Inggeris dan menepati status sebagai pasukan pilihan menentang kelab Ukraine.

Pedro menyumbat masuk tolakan tumit Olivier Giroud untuk membuka jaringan pada minit ke-17 dengan penjaga gol Denys Boyko beraksi cemerlang menyelamatkan Kiev daripada dibolosi lebih banyak gol sebelum rehat.

Bagaimanapun, sepakan percuma Willian pada minit ke-65 dan gol pemain gantian Hudson-Odoi pada minit terakhir jelas menggambarkan dominasi tuan rumah.

ODOI (tengah) selepas menjaringkan gol bersama Ruben Loftus-Cheek di Stadium Stamford Bridge. - Foto AFP
ODOI (tengah) selepas menjaringkan gol bersama Ruben Loftus-Cheek di Stadium Stamford Bridge. - Foto AFP

“Kami mungkin boleh menjaringkan lebih banyak gol terutama pada babak pertama, tetapi keputusan ini bagus,” kata pengurus Chelsea, Maurizio Sarri.

“Kami berjaya mengelak dibolosi gol di laman sendiri, sesuatu yang amat penting dalam pertandingan ini.

“Kami perlu pergi ke sana dengan tahap tumpuan yang bagus dan strategi terbaik jika mahu terus melayakkan diri.”

Kemenangan ketiga berturut-turut mengekalkan momentum Chelsea dan sesuatu yang amat diperlukan Sarri, yang sebelum ini di ambang pemecatan hanya beberapa minggu lalu. – AFP

 

Berita Harian X