Khamis, 21 Februari 2019 | 9:13am
WISSAM Ben Yedder meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan dalam aksi kedua Liga Europa. - Foto EPA
WISSAM Ben Yedder meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan dalam aksi kedua Liga Europa. - Foto EPA

Sevilla atasi Lazio

SEVILLE, Sepanyol: Wissam Ben Yedder menjaringkan dua gol untuk membolehkan Sevilla meraih kemenangan 2-0 ke atas Lazio dalam aksi kedua Liga Europa hari ini sekali gus menempah slot ke pusingan 16 terbaik. 

Sevilla yang memegang rekod lima gelaran dalam kejohanan itu, meraih kemenangan 1-0 pada aksi pertama di Rome minggu lalu berterima kasih kepada jaringan Ben Yedder dan pemain dari Perancis itu menggandakan kelebihan dimiliki pasukan pada minit ke-20.

Ben Yedder sudah meledak 21 gol bagi musim ini termasuk lapan dalam saingan Liga Europa. 

Franco Vazquez diarah keluar padang pada minit ke-60 dan ia seakan memberi sedikit peluang untuk Lazio kembali bangkit namun selang 11 minit kemudian, pemain tengah mereka, Adam Marusic turut menerima hukuman sama. 

Skuad Sevilla di bawah kendalian Pablo Machin kini berada di tangga keempat La Liga dan sedang memburu slot ke Liga Juara-Juara, beraksi dalam kejohanan peringkat kedua Eropah ini buat kali pertama sejak kali terakhir meraih gelaran tiga kali berturut-turut pada 2015-16. - Reuters

Berita Harian X