Jumaat, 8 Februari 2019 | 7:47am
KEVIN Gameiro meraikan jaringan gol pada aksi Piala Raja Sepanyol di Benito Villamarin, awal pagi tadi. - Foto Reuters
KEVIN Gameiro meraikan jaringan gol pada aksi Piala Raja Sepanyol di Benito Villamarin, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Valencia, Real Betis terikat

MADRID: Jaringan masa kecederaan Kevin Gameiro membantu Valencia terikat 2-2 dengan Real Betis dalam aksi separuh akhir pertama Piala Raja Sepanyol di Benito Villamarin, awal pagi tadi.

Betis, yang julung kali mara ke peringkat itu sejak memenangi trofi berkenaan pada tahun 2015, mendahului perlawanan apabila Loren menyudahkan bola sepakan penjuru sebelum rehat separuh masa.

Pasukan yang berpangkalan di Seville itu makin hampir menempah pertemuan final dengan pemenang antara Barcelona dan Real Madrid, selepas bekas pemain sayap Sepanyol, Joaquin Sanchez meledak gol terus dari sepakan penjuru.

KEVIN Gameiro. - Foto EPA
KEVIN Gameiro. - Foto EPA

Namun, Denis Cheryshev merapatkan semula jurang buat Valencia ketika permainan berbaki 20 minit.

Valencia yang sebelum ini menyumbat dua gol dalam masa kecederaan untuk membenam cabaran Getafe di suku akhir, akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-92 selepas Gameiro menyempurnakan hantaran silang rendah Rodrigo.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam aksi timbal balik kedua di Mestalla pada 28 Februari depan. – AFP

Berita Harian X