Rabu, 16 Januari 2019 | 1:44am
MARTIN O’Neill. - AFP
MARTIN O’Neill. - AFP

O'Neill dilantik pengurus Nottingham 

LONDON: Nottingham Forest, hari ini menamakan bekas pemain dan bekas jurulatih skuad kebangsaan Ireland, Martin O’Neill sebagai pengurus baharu kelab Liga Kejuaraan itu.

Pengendali berusia 66 tahun itu, yang memenangi dua gelaran Eropah di City Ground ketika puncak prestasinya sebagai pemain menggantikan Aitor Karanka selepas pengurus dari Sepanyol itu meletakkan jawatan, minggu lalu.

O’Neill menjadi pengurus sepenuh masa ke-11 Nottingham sejak 2011 dan perlawanan pertamanya adalah di gelanggang sendiri menentang pencabar playoff Liga Kejuaraan, Bristol City pada Sabtu ini.

Selain mengemudi Ireland untuk mara ke peringkat 16 terbaik Euro 2016 di Perancis, O’Neill pernah mengendalikan Leicester, Aston Villa dan Celtic.

“Martin akhirnya merealisasikan impiannya untuk menguruskan kelab yang dicintainya Nottingham Forest,” kata kenyataan daripada kelab berkenaan.

“Dengan komitmennya terhadap kelab, pengetahuan terhadap perlawanan dan keinginan untuk berjaya, O’Neill akan mensasarkan untuk membawa kembali kelab ke kancah elit liga bola sepak Inggeris dan sekali lagi mencipta keajaiban.” - AFP

Berita Harian X