Selasa, 4 Disember 2018 | 12:52pm
AKSI N Thanabalan ketika bermain untuk pasukan Negeri Sembilan musim ini. - Arkib NSTP
AKSI N Thanabalan ketika bermain untuk pasukan Negeri Sembilan musim ini. - Arkib NSTP

Thanabalan idam satu piala bersama Kedah

ALOR SETAR: Penyerang dan pemain sayap muda kebangsaan N Thanabalan berazam mahu mendakap sekurang-kurangnya satu piala bersama skuad Lang Merah pada aksi Liga Super musim 2019.

Thanabalan, 23, yang bersama skuad Negeri Sembilan musim ini berkata, dia sudah bersedia bersama Kedah dan mahu menjadikan musim hadapan sesuatu yang membanggakan buat dirinya selepas belum berkesempatan menggenggam apa apa piala sejak pembabitannya dalam Liga Malaysia bermula 2014.

"Saya juga teruja apabila apabila nama saya sah diumumkan bersama Kedah dan saya idam dapat menjulang satu piala bersama skuad Helang Merah ini musim depan."

"Apa yang saya harapkan untuk musim depan adalah kebangkitan buat saya lebih-lebih lagi dengan semangat baharu di Kedah dan sokongan semua pihak termasuk Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang telah memberi kepercayaan kepada saya termasuk juga penyokong Kedah."

"Saya juga sedar 2018 bukan tahun untuk saya dan impian serta sasaran saya seterusnya juga mahu kembali bersama skuad kebangsaan pada musim depan.”

Dalam perkembangan sama, Thanabalan yang menyertai skuad kebangsaan pada kejohanan AFC Bawah-23 di China pada Januari tahun ini juga turut menganggap ketua pasukan Baddrol Bakhtiar sebagai pemain senior yang dapat memberi panduan yang lebih baik buat pemain muda seperti dirinya.

Berita Harian X