Jumaat, 23 November 2018 | 8:19am
Pengurus Brighton and Hove Albion, Chris Hughton. - Foto bbc.co.uk
Pengurus Brighton and Hove Albion, Chris Hughton. - Foto bbc.co.uk

Hughton tak minat kendali Ireland

 

LONDON: Pengurus Brighton and Hove Albion, Chris Hughton tidak berminat menjadi pengendali Ireland dengan menyatakan beliau gembira untuk kekal bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Ireland mencapai persetujuan bersama Marin O’Neill dan penolongnya Roy Keane kelmarin, selepas mereka gagal memenangi sebarang aksi kompetitif sepanjang 2018.

Ditanya sekiranya beliau berminat dengan kekosongan itu pada sidang media menjelang pertembungan berdepan Leicester City esok Hughton yang juga bekas pertahanan Ireland, berkata: “Tidak, saya hanya berminat dengan kerja saya di sini.

“Saya mempunyai sekumpulan pemain yang bekerja keras untuk melonjak ke divisyen ini dan di sinilah komitmen saya ketika ini.”

Bekas pegurus Ireland, Mick McCarthy, Steve Bruce dan bekas bos England, Sam Allardyce turut dikaitkan dengan jawatan berkenaan.

Hughton begitu cemerlang di Brighton apabila mengemudi mereka kembali ke EPL selepas 34 tahun untuk menamatkan saingan di kedudukan ke-15 musim lalu.

The Seagulls kini menduduki tangga ke-12 liga, tiga mata di belakang Leicester di kedudukan ke-10.

Hughton mungkin boleh mendapatkan semula khidmat pemain dari Jerman, Pascal Gross dan Davy Proper (Belanda) untuk kunjungan ke Leicester selepas berehat panjang sebelum ini. – REUTERS

 

Berita Harian X