Jumaat, 21 September 2018 | 7:58am
AUBAMEYANG (kiri) meledak dua gol ketika membantu Arsenal mengalahkan kelab dari Ukraine, Vorskla Poltava 4-2 dalam saingan Liga Europa, awal pagi tadi. - EPA
AUBAMEYANG (kiri) meledak dua gol ketika membantu Arsenal mengalahkan kelab dari Ukraine, Vorskla Poltava 4-2 dalam saingan Liga Europa, awal pagi tadi. - EPA

Aubameyang kembali temui sentuhan berbisa 

PARIS: Pierre-Emerick Aubameyang meledak dua gol ketika membantu Arsenal mengalahkan kelab dari Ukraine, Vorskla Poltava 4-2 dalam saingan Liga Europa, awal pagi tadi. 

Aubameyang ketika ini dilihat bergelut untuk mendapat rentak dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan hanya meledak dua gol daripada lima penampilan, namun penyerang antarabangsa Gabon ini berjaya membuka tirai jaringan di pentas Eropah selepas perlawanan Kumpulan E berlangsung 32 minit. 

Danny Welbeck menambah jaringan kedua di awal babak kedua, sebelum Aubameyang menambah gol peribadi keduanya dan Mesut Ozil turut mencetak nama selaku penjaring.

Selepas itu, mereka seakan-akan hilang sedikit tumpuan sekali gus membolehkan Vorskla merapatkan jurang dengan meledak dua gol. 

“Kami bermain baik di babak pertama dan di awal babak kedua,” kata Aubameyang kepada BT Sport

“Kami perlu terus meningkat dan cuba untuk pastikan kami tidak bolos di saat-saat akhir seperti kali ini,” – AFP 

 

Berita Harian X