Ahad, 19 Ogos 2018 | 11:10pm
PENYERANG Manchester City, Sergio Aguero (dua dari kiri) dipeluk David Silva (diri) dan Bernardo Silva selepas ledak gol pertama ketika menentang Huddersfield pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, sebentar tadi. - Foto AFP

City mudah ratah Huddersfield

LONDON: Sergio Aguero menjaringkan hatrik ke-13nya untuk Manchester City tatkala pasukan juara bertahan itu turut menyerlah tanpa kehadiran Kevin De Bruyne yang masih dibelenggu kecederaan dengan membenam Huddersfield Town 6-1 sekali gus berkongsi kedudukan selaku pendahulu, sebentar tadi.

Pasukan pelawat itu jelas tidak dapat mengembalikan rentak musim lalu di mana mereka mampu mengekang kemaraan City di laman sendiri.

Selepas bergantung kepada tuah selama 25 minit, penjaga gol Ederson berjaya melakukan hantaran sempurna kepada Aguero dan pemain Argentina itu mudah melunaskan jaringan.

Jurulatih Pep Guardiola melakukan percaturan berbeza, memulakan perlawanan dengan memasukkan Gabriel Jesus untuk bergandingan bersama Aguero.

PEMAIN Manchester City, Phil Foden (kanan) dikasari pemain, Adama Diakhaby pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Manchester City, Phil Foden (kanan) dikasari pemain, Adama Diakhaby pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, sebentar tadi. - Foto Reuters

Pemain Brazil itu juga meledak jaringan selepas menerima hantaran daripada Benjamin Mendy untuk mengatasi benteng akhir dikawal Ben Hamer sebelum melakukan hantaran buat Aguero melunaskan gol keduanya dan yang ketiga City dalam tempoh 10 minit sebelum tamat babak pertama.

Meskipun Jon Stankovic melunaskan satu gol sebelum babak pertama tamat, ia sama sekali tidak mengganggu tuan rumah untuk terus mengasak dan David Silva turut menjaringkan gol daripada sepakan percuma pada penampilannya ke-250 dalam perlawanan Liga Perdana.

Aguero meledak gol ketiganya pada minit ke-75 sebelum Terence Kongolo menjaringkan gol sendiri - gol Huddersfield yang kesembilan dilepaskan mereka dalam dua perlawanan awal ini. - Reuters

Berita Harian X