Sabtu, 18 Ogos 2018 | 9:20am

Arsenal 'hantar' Ospina ke Napoli

LONDON: Napoli hari ini menandatangani penjaga gol Arsenal, David Ospina dengan tempoh pinjaman selama semusim.

Ospina akan menghabiskan kempennya pada musim ini bersama pasukan Serie A selepas kehilangan tempat di Stadium Emirates.

Penjaga gol antarabangsa Colombia itu, yang beraksi di Piala Dunia tempoh hari, kini berada di belakang Petr Cech dan penjaga gol yang baharu ditandatangani Arsenal Bernd Leno.

Arsenal dalam kenyataannya hari ini, berkata: “Kami mahu mengucapkan selamat maju jaya untuk David pada musim ini.”

Malah, difahamkan Napoli turut mempunyai pilihan untuk menjadikan perjanjian itu sebagai kekal sebaik berakhirnya tempoh pinjaman Ospina.

Ospina, 29, menyertai Gunners pada 2014 daripada Nice dan sudah membuat 70 kemunculan termasuk memenangi dua Piala FA.

Dia diterbangkan ke Naples kelmarin untuk menjalani ujian perubatan yang mana sudah selesai, dengan perjanjian itu masih tertakluk kepada persetujuan dari pelbagai pihak berkuasa.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu membuat keputusan mencari penjaga gol baru susulan kecederaan yang menghimpit Alex Meret dan Ospina berkemungkinan diturunkan dalam aksi pembukaan Serie A berdepan Lazio, awal pagi esok. – AFP

Berita Harian X