Jumaat, 6 Julai 2018 | 11:46pm
TOMAS Vaclik. - Foto EPA-EFE
TOMAS Vaclik. - Foto EPA-EFE

Penjaga gol Basel berpindah ke Sevilla

PRAGUE: Penjaga gol Republik Czech, Tomas Vaclik, mengumumkan akan berpindah dari kelab Switzerland, Basil ke Sevilla di La Liga dengan kontrak selama tiga tahun, kata ejennya tanpa mendedahkan nilai perpindahan itu.

"Saya memang gembira di Basel sebab itulah saya menghabiskan masa yang indah beberapa tahun di sana dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab berkenaan.

"Tetapi saya fikir, saya perlu melakukan perubahan dan saya rasa perpindahan ini adalah tepat kerana Sevilla adalah sebuah kelab bercita-cita tinggi dan berjaya," kata pemain berusia 29 tahun itu menerusi laman sesawang rasmi ejennya, Nehoda Sport.

Bekas penjaga gol Sparta Prague itu menghabiskan masa selama empat tahun bersama Basel dan membuat 20 penampilan bersama Republik Czech. - AFP

Berita Harian X