Rabu, 27 Jun 2018 | 8:35am
AMBULANS tiba di Topos Congress-Hotel di Rostov-on-Don, Rusia berikutan ancaman bom. - Foto Reuters
AMBULANS tiba di Topos Congress-Hotel di Rostov-on-Don, Rusia berikutan ancaman bom. - Foto Reuters

Polis Russia siasat ancaman bom

 

ROSTOV-ON-DON, Russia: Polis Russia berkata awal pagi ini bahawa mereka menerima beberapa ancaman bom di bandar penganjuran Piala Dunia, Rostov-on-Don yang menyebabkan seluruh bar dan restoran bakal dikosongkan.

"Pada 26 Jun, polis menerima beberapa panggilan telefon mengenai bahan letupan yang diletakkan di beberapa lokasi di Rostov-on-Don," kata polis tempatan dalam satu kenyataan.

"Pihak polis mengadakan pemeriksaan dan tiada objek berbahaya ditemui," menurut kenyataan itu.

"Ketika ini semua venue beroperasi seperti biasa."

Russia mahu menjadikan Piala Dunia untuk mengetengahkan imej kekuatan dan kestabilan negara itu. Pihak berkuasa pula berjanji akan menganjurkan kejohanan yang selamat dan sebarang isu keselematan membabitkan peminat akan menjejaskan usaha Moscow.

Seorang anggota polis di Topos Congress-Hotel di Rostov-on-Don, yang dikosongkan malam tadi berkata 16 venue dikosongkan di seluruh bandar itu sebagai sebahagian daripada latihan.

Di sebuah kawasan lain di bandar itu, pengurus restoran Itali berkata kakitangannya diminta mengosongkan bangunan selama dua jam selepas menerima ancaman bom.

"Terdapat panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang memberitahu ada bom di dalam bangunan," kata pengurus itu yang enggan namanya disiarkan.

Jurucakap FIFA sehingga kini masih belum memberi sebarang kenyataan. - Reuters

 

 

Berita Harian X