Selasa, 19 Jun 2018 | 5:18am
PESAWAT yang membawa pasukan Arab Saudi mengalami kebakaran pada sayapnya ketika masih di udara. - Foto twitter
PESAWAT yang membawa pasukan Arab Saudi mengalami kebakaran pada sayapnya ketika masih di udara. - Foto twitter

Pesawat Arab Saudi selamat

ROSTOV-ON-DON, RUSSIA: Pesawat yang membawa pasukan Piala Dunia Arab Saudi mengalami kebakaran di bahagian enjin ketika pasukan dalam perjalanan ke Rostov-on-Don untuk perlawanan seterusnya, kata Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF).

Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan salah seorang pemain Saudi memanggilnya "kerosakan kecil".

"Ia adalah kebakaran kecil di bahagian enjin, enjin di sebelah kanan tetapi pesawat mendarat dengan selamat," kata presiden persatuan Ahmad Al Harbi kepada saluran TV sukan Saudi, KSA.

Salah seorang pemain Saudi, Hatan Bahbir, berkata menerusi video dalam akaun persekutuan: "Kami selamat mendarat dan kami semua baik ... ia adalah kerosakan kecil."

Di dalam video itu juga, seseorang di luar kamera bertanya adakah dia berasa takut, dan dia menjawab: Tidak, tidak. Sudah tentu kami terasa sedikit takut, syukur Alhamdulillah."

SAFF dalam satu kenyataan berkata mereka "ingin mengesahkan yang semua pemain kebangsaan Saudi selamat, selepas kegagalan teknikal dalam salah satu enjin pesawat yang baru mendarat di lapangan terbang Rostov-on-Don, dan kini mereka menuju ke kediaman dengan selamat."

Pasukan itu berlepas ke Rostov-on-Don untuk perlawanan kedua menentang Uruguay pada Rabu selepas dikalahkan Russia 5-0 pada perlawanan pembukaan kejohanan. - AFP

Berita Harian X