Selasa, 12 Jun 2018 | 3:03am
GRAHAM POTTER
GRAHAM POTTER

Swansea pilih Potter kemudi pasukan

LONDON: Swansea City melantik Graham Potter sebagai pengurus baru dengan kontrak selama tiga tahun dari kelab Sweden,Ostersunds, umum kelab itu hari ini.

Pengendali berusia 43 tahun itu mendapat pengiktirafan selepas membantu Ostersunds dari kelab yang beraksi di Divisyen Empat sehingga ke Divisyen Utama dalam tempoh tujuh tahun.

Beliau turut membantu kelab itu mara ke saingan Liga Europa musim lalu sebelum mereka disingkirkan Arsenal.

Potter menggantikan pengendali dari Portugal, Carlos Carvalhal yang meninggalkan Swansea selepas kelab itu tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

"Ini adalah peluang untuk kembali bangkit semula," kata Potter kepada laman web Swansea.

"Kami tahu betapa kecewanya sejak beberapa musim lalu. Harap detik sukar ini akan dapat berubah dalam tempoh beberapa tahun lagi.

"Kami akan berusaha sebaik mungkin dan bekerja keras setiap hari untuk membanggakan penyokong kami," katanya. - Reuters

 

Berita Harian X