Selasa, 5 Jun 2018 | 11:49pm
GIANLUIGI BUFFON
GIANLUIGI BUFFON

UEFA gantung Buffon 3 perlawanan

LAUSANNE: UEFA menggantung penjaga gol, Gianluigi Buffon tiga perlawanan kerana komen dilakukannya mengenai pengadil selepas Juventus tewas dalam suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Buffon berang dengan keputusan pengadil, Michael Oliver yang menghadiahkan Real Madrid penalti pada masa kecederaan ketika aksi kedua di Bernabeu.

Penjaga gol itu tidak dapat mengawal kemarahannya, menjerit dan mempersendakan pengadil sehingga dia dikenakan kad merah.

Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti dan Real tewas 3-1 namun menang dengan agregat 4-3.

"Badan Kawalan, Etika dan Disiplin UEFA memutuskan untuk menggantung pemain Juventus, Gianluigi Buffon tiga perlawanan UEFA daripada apa yang layak disertainya," kata UEFA dalam satu kenyataan di laman web mereka.

Buffon, 40, yang meninggalkan Juventus selepas 17 musim bersama kelab itu, mengkritik Oliver selepas perlawanan antaranya dengan berkata pengadil berkenaan tersasar daripada pengadilan dan harus berada di bangku penonton sambil memakan makanan ringan. - Reuters

Berita Harian X