Khamis, 12 April 2018 | 6:33pm
KEDUA-DUA pasukan bertelagah ketika aksi minit akhir perlawanan antara Real Madrid dan Juventus di Stadium Santiago Bernabeu. - Foto REUTERS
KEDUA-DUA pasukan bertelagah ketika aksi minit akhir perlawanan antara Real Madrid dan Juventus di Stadium Santiago Bernabeu. - Foto REUTERS

Juve tinggalkan Liga Juara-Juara dengan bangga, marah

MILAN: Juventus meninggalkan saingan Liga Juara-Juara dalam apa yang disifatkan Gazzetta dello Sport sebagai penghormatan dan kemarahan selepas kebangkitan yang dilakar ketika berdepan Real Madrid, dirosakkan oleh penalti pada masa tambahan.

Selepas mengubah defisit 0-3 pada pusingan pertama di stadium Real, Bernabeu awal pagi tadi, Juve tersingkir secara kejam menerusi penalti Cristiano Ronaldo pada suku akhir kedua.

Penalti berkenaan yang diberikan kerana kekasaran Medhi Benatia terhadap Lucas Vazquez, disambut dengan protes walaupun itu adalah keputusan yang dianggap pencabar dan pengkritik Juve sesuatu yang sentiasa diterima kelab Serie A dari Turin itu.

Hanya empat hari sebelum itu, Juventus mendapat kelebihan daripada dua penalti - yang kedua selepas kaki penyerang Juve, Gonzalo Higuain tersadung tanpa sebarang sentuhan dengan pertahanan lawan seterusnya menang 4-2 ketika berdepan Benevento dalam Serie A.

Jurulatih Juve, Massimiliano Allegri mengelak untuk mengkritik secara terus keputusan itu yang bermakna walaupun mereka menang 3-1, skuadnya tersingkir 4-3 secara agregat.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengelak untuk merasakan pasukannya turut dinafikan sepakan penalti kerana kesalahan sama terhadap Juan Cuadrado pada tambahan masa suku akhir pertama.

Beliau bagaimanapun bangga dengan persembahan anak buahnya sambil menganggap kekalahan pertama Juve adalah nasib berbanding jurang sebenar antara kedua-dua pasukan.

"Jika masih ada apa yang tinggal, ia adalah penghormatan. Pemain memang menakjubkan dan ia masih bergerak; kami akan kembali bermula dari sini, dengan rasa bangga, sangat bangga," katanya. - Reuters

Berita Harian X