Khamis, 12 April 2018 | 7:42am
CRISTIANO Ronaldo (dua dari kiri) diraikan rakan sepasukan selepas menyempurnakan sepakan penalti untuk membawa Real ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara. - Foto AFP
CRISTIANO Ronaldo (dua dari kiri) diraikan rakan sepasukan selepas menyempurnakan sepakan penalti untuk membawa Real ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara. - Foto AFP
CRISTIANO Ronaldo menewaskan penjaga gol Juventus untuk jaringkan gol hasil sepakan penalti. - Foto REUTERS
CRISTIANO Ronaldo menewaskan penjaga gol Juventus untuk jaringkan gol hasil sepakan penalti. - Foto REUTERS
PENGADIL perlawanan melayangkan kad merah kepada penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon. - Foto AFP
PENGADIL perlawanan melayangkan kad merah kepada penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon. - Foto AFP

Ronaldo selamatkan Real

MADRID: Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk membawa Real Madrid ke separuh akhir Liga Juara-Juara dalam aksi penuh dramatik yang menyaksikan pasukannya tewas 1-3, tetapi mara dengan agregat 4-3.

Juventus dilihat berjaya melakukan kebangkitan menakjubkan untuk sekurang-kurangnya memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan apabila Mario Mandzukic menjaringkan dua gol pada babak pertama dan Blaise Matuidi menambah jaringan ketiga selepas sejam permainan.

Jaringan itu menamatkan kelebihan Real yang mencatat kemenangan selesa 3-0 di Turin, minggu lalu tetapi Lucas Vazquez berjaya mendapatkan penalti pada masa kecederaan dengan penjaga gol Juventus yang juga kapten, Gianluigi Buffon dilayangkan kad merah apabila melepaskan kemarahannya kepada pengadil dari England, Michael Oliver.

Juventus memasukkan penjaga gol gantian, Wojciech Szczesny.

Begitupun dia gagal menyelamatkan sepakan penalti Ronaldo dan membawa Real ke separuh akhir buat musim kelapan berturut-turut. - Reuters

Berita Harian X