Rabu, 11 April 2018 | 8:01am
KAPTEN Roma, Daniele De Rossi (depan) dan Alessandro Florenzi meraikan kejayaan menyingkirkan Barcelona pada saingan suku akhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
KAPTEN Roma, Daniele De Rossi (depan) dan Alessandro Florenzi meraikan kejayaan menyingkirkan Barcelona pada saingan suku akhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
KONSTANTINOS Manolas (tengah) melengkapkan kemenangan bergaya Roma selepas jaringkan gol ketiga pasukan. - Foto REUTERS
KONSTANTINOS Manolas (tengah) melengkapkan kemenangan bergaya Roma selepas jaringkan gol ketiga pasukan. - Foto REUTERS

Roma bangkit aibkan Barcelona

ROME: Kostas Manolas melengkapkan malam penuh bergaya buat AS Roma selepas membenam pasukan pilihan, Barcelona 3-0 untuk melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara di Stadio Olimpico, awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan mereka mengatasi defisit 4-1 selepas tumbang pada aksi pertama sebelum ini, dan mara menerusi kelebihan gol di tempat lawan selepas kedudukan terikat dengan agregat 4-4.

PEMAIN Roma, Edin Dzeko menewaskan penjaga gol Barca untuk jaringkan gol pertama perlawanan. - Foto REUTERS
PEMAIN Roma, Edin Dzeko menewaskan penjaga gol Barca untuk jaringkan gol pertama perlawanan. - Foto REUTERS

Manolas serta kapten, Daniele De Rossi yang masing-masing meledak gol sendiri ketika aksi pertama di Camp Nou, disambut gembira oleh rakan sepasukannya selepas menanduk masuk jaringan ketiga Roma, pada baki lapan minit terakhir permainan.

"Apa yang penting, kami mara ke separuh akhir untuk menentang pasukan terbaik di planet ini," kata Manolas selepas malam bersejarah buat kelab Serie A itu, - kali terakhir mereka mara ke peringkat empat terbaik Eropah adalah pada tiga dekad lalu.

"Kami percaya, kami tidak memikirkan mengenai aksi pertama dan episod malang," katanya.

PENYERANG Barca, Lionel Messi dikawal pemain Roma pada aksi di Stadio Olimpico, awal pagi tadi. - Foto AFP
PENYERANG Barca, Lionel Messi dikawal pemain Roma pada aksi di Stadio Olimpico, awal pagi tadi. - Foto AFP

De Rossi turut meledak jaringan pada minit ke-58, menerusi sepakan penalti selain membantu jaringan pembukaan perlawanan oleh Edin Dzeko pada minit keenam.

"Bayangkan betapa besarnya kejayaan ini buat kami," kata De Rossi.

"Ia lebih daripada apa yang saya harapkan untuk malam ini."

Kali terakhir Roma berada di pentas separuh akhir Liga Juara-Juara adalah pada tahun 1984, namun mereka tewas di pentas final di tangan Liverpool. - AFP

Berita Harian X