X
Rabu, 28 March 2018 | 1:00pm
MENTERI Luar Australia, Julie Bishop nafi boikot Piala Dunia Russia 2018. - Foto AFP
MENTERI Luar Australia, Julie Bishop nafi boikot Piala Dunia Russia 2018. - Foto AFP

Australia nafi boikot Piala Dunia Russia

SYDNEY: Menteri Luar Australia, Julie Bishop menegaskan, kenyataan bahawa mereka tidak merancang untuk memboikot Piala Dunia 2018 pada Rabu lalu adalah sebagai maklum balas kes serangan saraf bekas perisik Russia di Britain.

Ketika Australia bertemu dua diplomat Russia sehari sebelum itu, Bishop berkata, cadangan memboikot kejohanan yang dijadualkan pada 14 Jun hingga 15 Julai itu adalah sebahagian daripada pilihan yang ada pada kerajaan.

Namun, pada Rabu, beliau tampil menjelaskan situasi yang disifatkan sebagai salah faham berhubung kenyataannya.

"Kerajaan Australia tidak akan mempertimbangkan cadangan memboikot Piala Dunia," katanya kepada wartawan di Canberra.

"Apabila saya ditanya mengenai perkara itu semalam, saya merujuk kepada kes yang berlaku di Britain.

"Contohnya, mereka membuat pilihan dengan mengumumkan kerabat Diraja Britain tidak akan menghadiri Piala Dunia, tetapi kami tidak melihat perkara itu sebagai boikot,"

Kerajaan British menyalahkan Moscow berhubung serangan oleh bekas perisik Russia di Salisbury yang menyaksikan berlakunya beberapa siri tindak balas ke atas Kremlin dari seluruh dunia.

Manakala Amerika Syarikat pula menegaskan, mereka akan mengusir 60 diplomat Russia. Secara keseluruhan, 100 diplomat akan dihalau keluar dari seluruh blok negara barat, jumlah terbesar sejak Perang Dingin.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Australia (FFF) menegaskan, selagi semua perkara disifatkan sebagai terkawal dan diberi perhatian, skuad Socceroos akan menjejakkan kaki ke Russia pada Jun ini.

"Seperti yang kita tahu, semua pasukan yang sudah layak, termasuk England akan mengambil bahagian dalam kejohanan FIFA ini dan perkara itu akan sentiasa menjadi keutamaan kami," kata kenyataan FFA. - Reuters

Berita Harian X