Jumaat, 9 March 2018 | 10:05pm
MOHAMED Salah sekali lagi meraih anugerah Pemain Terbaik bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali kedua musim ini. - Foto AGENSI
MOHAMED Salah sekali lagi meraih anugerah Pemain Terbaik bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali kedua musim ini. - Foto AGENSI

Salah dipilih Pemain Terbaik kali kedua

LONDON: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah meraih anugerah Pemain Terbaik bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali kedua musim ini, manakala Pengurus Brighton & Hove Albion, Chris Hughton dipilih sebagai Pengurus Terbaik bagi bulan Februari.

Salah, 25, menjaringkan empat gol dan membantu dua lagi jaringan sepanjang bulan Februari untuk meraih anugerah berkenaan buat kali kedua dalam tempoh empat bulan.

Pemain Mesir itu membantu kelab Merseyside berkenaan merangkul dua kemenangan serta satu seri untuk melonjak ke kelompok empat terbaik liga.

Hughton pula dipilih buat pertama kali selepas mengemudi Brighton untuk menewaskan West Ham United dan Swansea City serta mengikat Stoke City pada bulan lalu. - Reuters

Berita Harian X