Khamis, 1 Februari 2018 | 10:23pm
PRESIDEN PKNP FC, Datuk Aminuddin Md Desa (tiga kanan) bergambar bersama pegawai dan pemain PKNP FC pada Majlis memperkenalkan Pemain Dan Pelancaran Jersi Pasukan Liga Super PKNP FC 2018 di Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh. - Foto Abdullah Yusof
PRESIDEN PKNP FC, Datuk Aminuddin Md Desa (tiga kanan) bergambar bersama pegawai dan pemain PKNP FC pada Majlis memperkenalkan Pemain Dan Pelancaran Jersi Pasukan Liga Super PKNP FC 2018 di Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh. - Foto Abdullah Yusof

PKNP FC kekalkan Gi Sung

IPOH: Kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC membuat pusingan U apabila mengekalkan pemain import dari Korea Selatan,Yeon Gi Sung bagi menghadapi kempen Liga Super 2018 bermula Sabtu ini.

Nama pemain itu berada dalam senarai 29 pemain PKNP FC ketika majlis memperkenalkan skuad dan pelancaran jersi baru pasukan konglomerat itu oleh Presiden PKNP FC, Datuk Aminuddin Md Desa, di Movies Animation Park Studio (MAPS), Meru Raya, petang tadi.

Jurulatih, Abu Bakar Fadzim berkata, tindakan itu diambil berikutan Gi Sung pulih daripada kecederaannya.

"Pada mulanya memang kami bercadang menggantikannya tetapi dia sudah pulih sepenuhnya," katanya kepada pemberita.

Selain Gi Sung, Perak mengikat pemain kebangsaan Kemboja, Keo Sokpheng serta Nikolv Luben Gueorguiev dan Franklin Anzite Touadere Clovis. Seorang lagi awang import mereka ialah pemain musim lalu, Ritus Kraujklis.

Manakala pemain tempatan baharu ialah Norhakim Isa, Muhammad Ridzuan Azly Hussham, Bryan See (Johns Hopkins University, USA), Muhamad Syazani Mat Puat. Turut disenaraikan ialah pemain Perlis, Fandi Ahmad, Shukor Azmi (Felcra) dan Muhammad Alif Safwan Mohd Sallahuddin (Sekolah Sukan Gambang).

Sementara itu Aminuddin berkata, PKNP FC mahu menjadi pencabar kepada pasukan pilihan musim ini sekali gus terus kekal dalam saingan Liga Super.

"Kami tidakmenetapkan sasaran tinggi. Cukup jika mampu menempatkan diri sebagai antara enam pasukan terbaik liga. Saya yakin, dengan kebolehan dan komitmen semua pihak, kami yakin dapat memperbaiki kedudukan berbanding tahun lalu," katanya kepada pemberita.

Selain pasukan Liga Super, skuad Piala Presiden dan Belia juga diperkenalkan pada majlis yang dihadiri lebih 1,000 penyokong setia pasukan itu.

Berita Harian X