Rabu, 31 Januari 2018 | 10:22pm
MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), (dua kanan) diiringi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah (kiri) dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Badrol Hisham Hashim (kanan) melihat jersi baru pasukan Kedah di Majlis Pelancaran Jersi Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman Musim 2018 di Hotel Royal Signature. - Foto Sharul Hafiz Zam

Kedah lancar jersi baharu

ALOR SETAR: Lebih 2,000 peminat bolasepak hadir menyaksikan pelancaran jersi dan pasukan Kedah musim 2018 yang dirasmikan oleh Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Hotel Royal Signature Alor Setar malam ini.

Pelancaran penuh meriah itu menyaksikan dua jersi baharu Kedah tajaan Al-Ikhsan Sports dilancarkan dengan jersi pertama berwarna hijau kuning untuk aksi di laman sendiri manakala jersi kedua merah dengan jalur hijau dibahagian tepi untuk perlawanan di tempat lawan.

Ahmad Bashah mengucapkan tahniah kepada semua terutama pengurusan pasukan dan pemain yang bertungkus lumus memastikan KFA adalah antara pasukan elit di Liga Malaysia pada musim 2017.

"Saya dimaklumkan jersi utama pada tahun ini masih lagi mengekalkan warna asas kuning dan hijau tetapi pihak penaja iaitu Al Ikhsan atau AL membuat sedikit pembaharuan dari segi rekaan ia lebih mirip kepada jersi pasukan Liga Perdana Inggeris dan Sepanyol," katanya.

Turut hadir Timbalan Presiden KFA, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah, Naib Presiden KFA Datuk Badrul Hisham Hashim dan Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar .

Berita Harian X