Isnin, 22 Januari 2018 | 9:43am
PEMAIN Barca, Luis Suarez (kiri) meledak dua gol ketika menewaskan Real Betis pada saingan La Liga, awal pagi tadi. - Foto EPA
PEMAIN Barca, Luis Suarez (kiri) meledak dua gol ketika menewaskan Real Betis pada saingan La Liga, awal pagi tadi. - Foto EPA

Barca berbisa selepas 'rehat'

BARCELONA: Keupayaan Barcelona menumpaskan lawan mereka pada separuh masa kedua menjadi salah satu kunci kempen cemerlang La Liga mereka dan mereka sekali lagi menunggu sehingga tamat separuh masa pertama sebelum menguasai perlawanan untuk membelasah Real Betis, awal pagi tadi.

Perlawanan membabitkan pendahulu liga dan Betis yang biasanya mempamerkan aksi menghiburkan itu terikat 0-0 sehinggalah Ivan Rakitic memecah kebuntuan pada minit ke-58 dan ketika pasukan tuan rumah mula terkulai, Barca pula bangkit mendominasi.

IVAN Rakitic (dua dari kanan) menjaringkan gol pembukaan Barca ketika bertemu Real Betis di Stadium Benito Villamarin. - Foto AFP
IVAN Rakitic (dua dari kanan) menjaringkan gol pembukaan Barca ketika bertemu Real Betis di Stadium Benito Villamarin. - Foto AFP

Gandingan Lionel Messi dan Luis Suarez sudah cukup memberikan impak luar biasa apabila masing-masing meledak dua gol dan melengkapkan kemenangan besar itu.

Kemenangan itu juga membolehkan Barca mengumpul 40 gol hasil jaringan separuh masa kedua dalam aksi liga dan mendahului 11 mata di puncak liga.

"Betis memiliki pelan perlawanan berisiko, bermain dengan penuh tekanan dan pemain mereka mengawasi kami di selurh padang. Mereka cukup cergas pada awal permainan dan kami pula berdepan masalah tetapi secara beransur-ansur kami berjaya menewaskan mereka," kata jurulatih Barca Ernesto Valverde.

LUIS Suarez dikasari pemain Real Betis, Javi Garcia pada aksi awal pagi tadi. - Foto REUTERS
LUIS Suarez dikasari pemain Real Betis, Javi Garcia pada aksi awal pagi tadi. - Foto REUTERS

"Kami mula menguasai perlawanan sedikit demi sedikit dan sebaik lawan kami mula memberi ruang pada separuh masa kedua, kami menjaringkan gol dan mampu bermain dengan lebih baik."

Jumlah 40 gol yang dijaringkan Barca pada separuh masa pertama (daripada 57 keseluruhan) ternyata melebihi jumlah jaringan pasukan lain dalam tempoh lebih 90 minit kecuali Valencia yang menjaringkan 41 gol.

Ia bukan satu-satunya perlawanan yang menyaksikan Barcelona bangkit pada separuh masa kedua: selain menewaskan Betis, mereka juga menewaskan Alaves, Las Palmas, Villarreal dan Real Madrid selepas seri 0-0 pada separuh masa.

PEMAIN Real Betis, Cristian Tello (kanan) mengasak Lionel Messi. - Foto EPA
PEMAIN Real Betis, Cristian Tello (kanan) mengasak Lionel Messi. - Foto EPA

Kelab Catalan itu bangkit daripada ketinggalan pada separuh masa kedua untuk menewaskan Getafe dan Real Sociedad dan seri dengan Atletico Madrid, bermakna mereka mengumpul 17 mata daripada 57 mata daripada kebangkitan separuh masa kedua.

Aksi hebat mereka selepas separuh masa pertama jauh berbeza berbanding Real Madrid, di mana empat kekalahan mereka hadir menerusi jaringan lawan pada separuh masa kedua dan kecenderungan juara bertahan itu kecundang pada babak akhir perlawanan adalah punca utama mengapa mereka ketinggalan 19 mata berbanding Barca. - Reuters

Berita Harian X