Jumaat, 29 Disember 2017 | 9:43pm
KETUA Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin tolak hasrat jadi pengurus pasukan Helang Merah musim depan. - Foto Shahrizal Md Noor
KETUA Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin tolak hasrat jadi pengurus pasukan Helang Merah musim depan. - Foto Shahrizal Md Noor

Kedah lantik pengurus baharu awal bulan depan

ALOR SETAR: Kedah akan memuktamadkan pelantikan seorang pengurus baharu awal Januari ini selepas jawatan itu kosong berikutan peletakan jawatan Datuk Jefferey Low baru-baru ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminudin Omar berkata, mereka masih menunggu kata putus presiden untuk mempersetujui nama yang akan menggalas jawatan sebagai pengurus baharu pasukan Liga Super Kedah.

"Saya tidak pasti siapa nama yang akan dipertimbangkan oleh presiden nanti dan anda perlu tunggu pada awal Januari ini untuk mengetahui mengenainya.

"Setakat ini kami sudah melantik pengurus pasukan Piala Belia Kedah, Haris Che Mat sebagai penolong pengurus.

"Prestasi beliau (Haris) bersama pasukan belia Kedah dalam dua tiga tahun ini amat membanggakan hingga berjaya mengemudi pasukan muncul juara Piala Belia 2017 baru-baru ini.

"Atas kejayaan itu, beliau dinaikkan pangkat menjadi penolong pengurus pasukan Liga Super Kedah."

Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menolak desas-desus kononnya beliau berhasrat untuk menjadi pengurus pasukan skuad Helang Merah musim depan.

Jefferey menyandang jawatan pengurus sejak 2012 namun beliau melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Berita Harian X