Isnin, 25 Disember 2017 | 10:35pm
JURULATIH PKNP FC, Abu Bakar Fadzim tidak terkilan biarpun tidak memenangi sebarang anugerah pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan ( ABK) 2017, Jumaat lalu. - Foto Effendy Rashid
JURULATIH PKNP FC, Abu Bakar Fadzim tidak terkilan biarpun tidak memenangi sebarang anugerah pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan ( ABK) 2017, Jumaat lalu. - Foto Effendy Rashid

Bakar tidak terkilan tewas kepada Sathia

IPOH:Jurulatih Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Abu Bakar Fadzim tidak terkilan biarpun tidak memenangi sebarang anugerah pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan ( ABK) 2017, Jumaat lalu.

Ini kerana Bakar sedar dia bersaing dengan dua jurulatih handalan yang lebih berpengalaman - B Sathianathan dan Irfan Bakti Abu Salim.

"Tidak mengapa tidak menang, tetapi saya bersyukur tercalon di samping dua jurulatih itu yang cukup berpengalaman," katanya. "Tahniah pada Sathia. Dia atau Irfan memang layak."

Sathia dinobatkan selaku Jurulatih Terbaik dalam majlis anjuran Perkongsian Terhad Laibiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP) itu.

PKNP tetap boleh berbangga apabila kaptennya, Sharel Fikri dinobat penyerang terbaik .

"Anugerah ini satu penghormatan dan pengiktirafan kepada pasukan dan pemain dari Liga Perdana. Bagi PKNP ia melonjak nama dan reputasi pasukan," kata Bakar yang berdepan tugas berat dalam kancah Liga Super 2018.

Berita Harian X