Selasa, 19 Disember 2017 | 8:21am
PEMAIN Burnley, James Tarkowski (belakang) mengasari pemain Brighton, Glenn Murray pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium The American Express Community pada 16 Disember. - Foto Reuters
PEMAIN Burnley, James Tarkowski (belakang) mengasari pemain Brighton, Glenn Murray pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium The American Express Community pada 16 Disember. - Foto Reuters

FA dakwa Tarkowski kerana menyiku rusuk lawan

LONDON: Pertahanan Burnley, James Tarkowski didakwa atas perlakuan ganas oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA), selepas didapati menyiku rusuk penyerang Brighton & Hove Albion, Glenn Murray dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu.

Perlawanan berkenaan yang berlangsung di laman Brighton, Stadium Amex itu berakhir tanpa sebarang jaringan.

Kejadian itu berlaku di di kotak penalti Burnley pada minit ke-35, sejurus selepas Glenn Murray gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Tarkowski tidak dihukum oleh pengadil, Chris Kavanagh namun, pemain itu kemudiannya didakwa oleh FA, selepas tiga bekas pegawai perlawanan elit mengkaji semula insiden berkenaan.

Jika didapati bersalah, Tarkowski berkemungkinan akan terlepas aksi menentang Tottenham Hotspur, Manchester United dan Huddersfield Town. - Reuters

Berita Harian X