Isnin, 4 Disember 2017 | 7:55am
PENYERANG Inter, Ivan Perisic meledak hatrik ketika menewaskan Chievo pada saingan Serie A di San Siro, awal pagi tadi. - Foto AFP
PENYERANG Inter, Ivan Perisic meledak hatrik ketika menewaskan Chievo pada saingan Serie A di San Siro, awal pagi tadi. - Foto AFP

Hatrik Perisic julang Inter ke persada Serie A

MILAN: Ivan Perisic membawa Inter Milan yang masih belum tewas ke persada Serie A awal pagi tadi menerusi jaringan hatrik dalam kemenangan 5-0 mengatasi Chievo, selepas karier Gennaro Gattuso bersama AC Milan bermula dengan tandukan penjaga gol, Alberto Brignoli memberikan Benevento satu mata sulung dalam penampilan Serie A.

Pemain Croatia, Perisic membuka jaringan di San Siro selepas 23 minit dan menambah dua lagi pada babak kedua manakala kapten Inter, Mauro Icardi menjaringkan gol ke-16 untuk musim ini tujuh minit sebelum rehat dan pertahanan Milan, Skriniar menemui jaringan selepas sejam permainan.

Skuad kendalian Luciano Spalletti itu kini menjadi kelab tunggal tanpa kalah dalam liga selepas 15 perlawanan, selepas Napoli tewas 1-0 kepada juara bertahan Juventus, Jumaat lalu.

KAPTEN Inter, Mauro Icardi dihalang dua pemain Chievo pada saingan Serie A di San Siro, awal pagi tadi. - Foto AFP
KAPTEN Inter, Mauro Icardi dihalang dua pemain Chievo pada saingan Serie A di San Siro, awal pagi tadi. - Foto AFP

Inter berkedudukan teratas Serie A buat kali pertama sejak Januari 2016, satu mata mengatasi Napoli dan dua mata di atas Juventus, yang mengejar gelaran liga buat kali ketujuh berturut-turut dan akan menanti kehadiran Inter pada Sabtu ini.

"Tidak penting siapa yang menjaringkan gol, hanya pasukan yang dikira, kami menanti begitu lama untuk tempat pertama, kini kami perlu kekal, kami akan ke Turin dan menang berdepan Juve," kata Perisic.

PEMAIN Inter, Milan Skriniar menjaringkan gol keempat pasukan. - Foto REUTERS
PEMAIN Inter, Milan Skriniar menjaringkan gol keempat pasukan. - Foto REUTERS

"Ia bukanlah perlawanan merebut gelaran tetapi kami akan cuba membawa pulang tiga mata dalam semua perlawanan," kata Spalletti.

"Namun kami sudah menunjukkan kami ada watak dan pemain setaraf mereka, jadi ia pasti cabaran yang hebat." - AFP

Berita Harian X