Rabu, 22 November 2017 | 10:18am
PENYERANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo (kanan) diasak pemain pertahanan APOEL, Roberto Lago pada saingan Kumpulan H Liga Juara-Juara di Stadium GSP, sebentar tadi. - Foto AFP
PENYERANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo (kanan) diasak pemain pertahanan APOEL, Roberto Lago pada saingan Kumpulan H Liga Juara-Juara di Stadium GSP, sebentar tadi. - Foto AFP

Real mengganas di Cyprus

NICOSIA: Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema masing-masing meledak dua gol untuk membantu penyandang juara, Real Madrid membelasah APOEL 6-0 sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara.

Luka Modric memberikan gol pendahuluan buat juara Eropah itu pada minit ke-23 sebelum Real memulakan pesta jaringan ke atas juara Cyprus dengan lima gol dalam tempoh 15 minit.

"Hari yang baik untuk kami," kata pengurus Los Blancos, Zinedine Zidane.

"Kami berada pada landasan yang betul. Kami beraksi dengan baik berbanding perlawanan sebelum ini. Ia bukan aksi yang mudah tetapi adalah satu persembahan yang sempurna.

"Semua gol itu adalah penting apatah lagi kepada Ronaldo dan juga Benzema."

PEMAIN tengah Real Madrid, Luka Modric (kanan) dikekang pemain APOEL, Vinicius Junior pada saingan Kumpulan H Liga Juara-Juara di Stadium GSP, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN tengah Real Madrid, Luka Modric (kanan) dikekang pemain APOEL, Vinicius Junior pada saingan Kumpulan H Liga Juara-Juara di Stadium GSP, sebentar tadi. - Foto Reuters

Namun, Real Madrid berdepan kemungkinan untuk bertemu Manchester City di pusingan seterusnya susulan kemenangan Tottenham Hotspur ke atas Dortmund memastikan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menamatkan saingan sebagai pendahulu Kumpulan H.

"Siapa sahaja yang akan kami temui nanti, sudah pasti mereka adalah pasukan yang bagus.

"Kami perlu berdepan pasukan yang menjadi juara kumpulan jadi sudah tentu ia adalah aksi yang sungguh mencabar." - AFP

PENYERANG Real Madrid, Karim Benzema meraikan gol jaringannya bersama jurulatih, Zinedine Zidane (kanan) di Stadium GSP, sebentar tadi. - Foto Reuters
PENYERANG Real Madrid, Karim Benzema meraikan gol jaringannya bersama jurulatih, Zinedine Zidane (kanan) di Stadium GSP, sebentar tadi. - Foto Reuters

PEMAIN Real Madrid meraikan gol jaringan Ronaldo (dua dari kiri) ketika menentang APOEL pada saingan Kumpulan H Liga Juara-Juara di Stadium GSP, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE
PEMAIN Real Madrid meraikan gol jaringan Ronaldo (dua dari kiri) ketika menentang APOEL pada saingan Kumpulan H Liga Juara-Juara di Stadium GSP, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

PEMAIN Real Madrid, Dani Carvajal (dua dari kiri) mengekang pemain APOEL Nicosia pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium GSP pada 21 November lalu. - Foto Reuters
PEMAIN Real Madrid, Dani Carvajal (dua dari kiri) mengekang pemain APOEL Nicosia pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium GSP pada 21 November lalu. - Foto Reuters

Berita Harian X