Khamis, 2 November 2017 | 6:17am
PENYERANG Tottenham, Dele Alli (kiri) menjaringkan gol ketika menentang Rela Madrid pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE
PENYERANG Tottenham, Dele Alli (kiri) menjaringkan gol ketika menentang Rela Madrid pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

Alli musnahkan Real di Wembley

LONDON: Penyandang gelaran Liga Juara-Juara, Real Madrid berdepan antara kekalahan paling buruk di Eropah, ketika Dele Alli meledak dua gol bagi membantu kemenangan 3-1 Tottenham Hotspur di Stadium Wembley, sebentar tadi.

Kemenangan ke atas Real itu melayakkan kelab London berkenaan mara ke kelompok 16 terakhir.

PEMAIN Tottenham, Dele Alli (kiri) diasak pemain pertahanan Real Madrid, Casemiro pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Tottenham, Dele Alli (kiri) diasak pemain pertahanan Real Madrid, Casemiro pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto Reuters

Real memulakan saingan selaku pendahulu bersama Kumpulan H, tetapi Spurs lebih menyerlah ketika mereka menamatkan 30 aksi tanpa kalah Madrid dalam kumpulan Liga Juara-Juara dengan gaya yang hebat.

Alli memberikan Tottenham gol pembukaan dari jarak dekat pada minit ke-27, dan menggandakan kelebihan tuan rumah pada awal babak kedua (m-56), sebelum Christian Eriksen menambah kawalan Spurs dengan jaringan ketiga (m-65).

PEMAIN tengah Tottenham Hotspur, Christian Eriksen (kanan) meraikan gol ketiga ledakannya di di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN tengah Tottenham Hotspur, Christian Eriksen (kanan) meraikan gol ketiga ledakannya di di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto Reuters

Cristiano Ronaldo merapatkan jurang buat skuad kendalian Zinedine Zidane pada minit ke-80, namun ia sudah terlambat ketika Tottenham melengkapkan kemenangan pertama dalam enam percubaan ketika berdepan juara Sepanyol itu.

Kekalahan itu bakal menyaksikan Real akan berdepan lebih banyak kritikan selepas ketinggalan lapan mata di belakang Barcelona dalam saingan La Liga.

Ketika ini, Tottenham mendahului kumpulan dengan 10 mata manakala Real kekal dengan tujuh mata, diikuti Borussia Dortmund dan Apoel Nicosia yang masing-masing memiliki dua mata selepas seri di Jerman. - REUTERS

PEMAIN Tottenham Hotspurs, Moussa Sissoko (kanan) mengasari pemain pertahanan Real Madrid, Marcelo pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE
PEMAIN Tottenham Hotspurs, Moussa Sissoko (kanan) mengasari pemain pertahanan Real Madrid, Marcelo pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

REAKSI penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo selepas tewas kepada Tottenham di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE
REAKSI penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo selepas tewas kepada Tottenham di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

Berita Harian X