Ahad, 24 September 2017 | 1:01am
AKSI Raheem Sterling menjaringkan gol ketika menentang Crystal Palace pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, sebentar tadi. - Foto Reuters/Jason Cairn
AKSI Raheem Sterling menjaringkan gol ketika menentang Crystal Palace pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, sebentar tadi. - Foto Reuters/Jason Cairn

City terus berpesta gol

MANCHESTER: Manchester City meraih kemenangan bergaya apabila membelasah Crystal Palace 5-0, sekali gus menyaksikan mereka kini sudah meledak 16 gol dalam tiga akhir terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL).

Palace terlebih dulu memiliki beberapa peluang terbaik pada babak pertama menerusi Ruben Loftus Cheek, namun City membuka jaringan menerusi penyudah Leroy Sane pada minit ke-44.

Babak kedua menyaksikan anak buah Pep Guardiola terus garang dan Sane membuat umpanan yang disudahkan Raheem Sterling untuk melebarkan jurang buat tuan rumah pada minit ke-51.

PENYERANG Manchester City, Sergio Aguero (kanan) merembat masuk untuk gol ketiga Man City cuba dihalang pertahanan Crystal Palace, Mamadou Sakho pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, sebentar tadi. - Foto Reuters/Jason Cairnduff

Sterling menambah gol kedua peribadinya lapan minit berselang sebelum Sergio Aguero turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-79.

Fabian Delph melengkapkan kemenangan mudah City dengan gol kelima pada minit akhir perlawanan.

Keputusan ini membolehkan mereka kekal mengungguli persada liga dan hanya dibezakan menerusi perbezaan jaringan dengan Manchester United. -Reuters

Berita Harian X