Isnin, 31 Julai 2017 | 1:00pm
JUAN Cuadrado
JUAN Cuadrado
Juventus menutup kempen pramusim Piala Juara-Juara Antarabangsa dengan kemenangan 5-4 ke atas AS Roma, pagi tadi. - Foto AFP
Juventus menutup kempen pramusim Piala Juara-Juara Antarabangsa dengan kemenangan 5-4 ke atas AS Roma, pagi tadi. - Foto AFP

Juventus akhir kempen dengan kemenangan

NEW YORK: Juventus menutup kempen pramusim Piala Juara-Juara Antarabangsa dengan kemenangan 5-4 ke atas AS Roma, pagi tadi.

Kemenangan itu diperoleh menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua kelab seteru Serie A itu terikat 1-1.

Pertembungan membabitkan dua kelab teratas liga elit Itali itu memberi petunjuk awal mengenai tahap persaingan dalam kempen Serie A musim depan.

Kedua-dua pengurus, Massimiliano Allegri dan Eusebio Di Francesco menyenaraikan barisan terkuat.

Juventus yang tampil lebih bertenaga sejak awal permainan berjaya membolosi gawang Roma pada minit ke-29 selepas penyerang Croatia, Mandzukic yang menerima bola hantaran Alex Sandro bijak memperdaya penjaga gol lawan, Allison untuk mendahului.

Gol penyamaan Roma hanya hadir pada babak kedua selepas Dzeko menampan mudah hantaran Aleksandar Kolarov pada minit ke-74, sekali gus mengheret permainan ke penentuan penalti.

Marco Tumminello gagal menyempurnakan sepakan buat Roma dan memberikan kelabnya kekalahan kedua menerusi penalti dalam kempen Piala Juara-Juara Antarabangsa.

Perlawanan disaksikan lebih 33,000 peminat di Stadium Gillette, laman kelab ragbi Amerika Syarikat, New England Patriots. - AFP

Berita Harian X