Isnin, 15 Januari 2024 | 11:20am
Balai Seni Negara menghimpun karya berkaitan gastronomi dalam "Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi" sehingga 29 April ini. Gambar oleh Amirudin/NSTP.
Balai Seni Negara menghimpun karya berkaitan gastronomi dalam "Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi" sehingga 29 April ini. Gambar oleh Amirudin/NSTP.

Identiti budaya menerusi juadah

KUALA LUMPUR: Gastronomi mungkin hal yang baharu dalam kajian budaya di Malaysia namun ia sebenarnya cabang penyelidikan penting untuk memahami kebudayaan dan identiti kaum di negara ini.

Hal ini tentu sekali disebabkan, makanan adalah sebahagian warna warni landskap budaya sesebuah komuniti atau negara. Malah bagi orang Melayu, keakraban makanan dengan budaya turut terlihat dalam warisan kesusasteraannya.

Misalnya terdapat banyak pantun klasik yang mengangkat pelbagai jenis makanan sebagai sampiran. Antaranya seperti dalam naskhah Kurik Kendi Merah Saga;

Cekur manis makanan sotong

sotong mati di Tanjung Karang

hamba menangis mengenangkan untung

untung nak mati di negeri orang.

Selain sastera, budaya makanan Melayu turut dilihat dalam tatacara menyempurnakan adat misalnya istiadat perkahwinan mesti diselitkan dengan sirih berkapur. Dalam memahami kaitan makanan sebagai budaya masyarakat, Balai Seni Negara membawa kita menjelajah lebih jauh menerusi himpunan karya dalam pameran "Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi" yang menjadi refleksi pengalaman harian dan estetika, menggambarkan budaya suatu masyarakat dari sudut pandang gastronomi.

Balai Seni Negara menghimpun karya berkaitan gastronomi dalam "Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi" sehingga 29 April ini. Gambar oleh Amirudin/NSTP.
Balai Seni Negara menghimpun karya berkaitan gastronomi dalam "Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi" sehingga 29 April ini. Gambar oleh Amirudin/NSTP.

Kuratornya, Adinaquraisa Ibrahim, berkata pameran itu menghimpunkan sebanyak 22 buah karya daripada pengkarya tempatan dan luar negara.

Katanya, Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi bukan sekadar sebuah pameran lukisan tetapi ia membawa peminat seni visual melihat refleksi sejarah dan identiti budaya.

"Menerusi pameran berkenaan kita dapat melihat karya-karya yang dipamerkan ini menggambarkan pengalaman harian dalam asimilasi dan aliterasi budaya.

"Artis membahas hubungan gastronomi dalam interaksi sosial, jaringan ekonomi, fokus pada peraturan, cara hidup, nilai-nilai, dan kemandirian masyarakat," katanya.

Kongsi Adinaquraisa, pameran ini juga membolehkan pengunjung untuk merenung kekayaan budaya yang tersembunyi dalam interaksi masyarakat melalui makanan.

Ia tidak hanya tampil sebagai hasil seni, tetapi juga sebuah perjalanan mendalam melalui sejarah, tradisi, dan kehidupan sehari-hari yang diabadikan dalam karya seni nan indah. Apatah lagi terdapat sebahagian daripada himpunan itu adalah buah tangan artis dari negara luar, misalnya Filipina yang memberitahu audien bagaimana budaya gastronomi di sana.

"Karya yang dihasilkan bukan hanya memaparkan budaya mereka tapi sebenarnya jika kita perhatikan itulah identiti, pemikiran dan pengalaman.

"Hal ini tentu saja disebabkan artis selalunya akan menukarkan pengalaman harian mereka kepada pengalaman estetik.

"Melalui karya seni mereka akan sampaikan maklumat kepada pengunjung. Kita dapat rasai seolah-olah deria rasa dan pengalaman nostalgia datang kepada kita," katanya.

Balai Seni Negara menghimpun karya berkaitan gastronomi dalam "Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi" sehingga 29 April ini. Gambar oleh Amirudin/NSTP.
Balai Seni Negara menghimpun karya berkaitan gastronomi dalam "Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi" sehingga 29 April ini. Gambar oleh Amirudin/NSTP.

Tegas Adinaquraisa, melalui karya seni itu juga dapat dilihat beberapa persamaan budaya disebabkan orang Malaysia dan Filipina berasal dari rumpun yang sama.

Katanya, dapat dilihat dengan jelas persamaan mengenai gambaran senario di pasar basah antara kedua negara yang menjelaskan pertautan budaya itu sendiri.

Hal ini katanya adalah antara satu segmen yang dirasakan menarik kerana karya itu memperlihatkan barangan mentah yang diproses dan berubah menjadi bentuk gastronomi penuh estetika.

Kongsi Adinaquraisa, sebuah lagi karya yang tidak kurang menariknya adalah buah tangan daripada Syahrulfikri Razin Salleh.

"Sebelum dia hasilkan karya-karyanya, beliau mempunyai pengalaman menjadi 'backpackers' di Vietnam. Jadi kita dapat lihat karya-karya yang dihasilkannya adalah respon artis daripada perspektif mereka dengan penuh falsafah," katanya.

Tegas Adinaquraisa, Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi juga adalah tempat terbaik untuk mengenal budaya sesebuah negara. Selain melihat bagaimana interaksi budaya menerusi makanan, tingkah laku ketika menjamu selera juga ada kaitan dengan identiti sesebuah masyarakat.

"Misalnya kalau di negara kita khasnya atau Wilayah Asia Tenggara amnya, kita makan menggunakan tangan dan ia mestilah tangan kanan.

"Hal ini tentu berbeza dengan amalan masyarakat di negara lain. Jadi pengalaman yang berbeza-beza dapat dihubungkan dengan gastronomi," katanya.

Pameran itu bermula 1 Disember dan bakal berakhir pada 29 April kekal berlangsung di Galeri 3A, Balai Seni Negara.

Balai Seni Negara menghimpun karya berkaitan gastronomi dalam "Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi" sehingga 29 April ini. Gambar oleh Amirudin/NSTP.
Balai Seni Negara menghimpun karya berkaitan gastronomi dalam "Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi" sehingga 29 April ini. Gambar oleh Amirudin/NSTP.

Berita Harian X