Isnin, 1 Julai 2019 | 7:21pm
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi (kanan) bersama Ketua Setiausahanya, Datuk Isham Ishak (kiri) dan Pengarah Kumpulan Arabi Media, Dr Waleed Mohammed Muharram (center) di Pameran Al-Haramain Perjalanan Ribuan Tahun di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Foto Supian Ahmad

Pelancongan budaya jana RM551 juta

KUALA LUMPUR: Sektor pelancongan budaya menjana sebanyak RM551 juta setahun sejak tiga tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata selain angka itu amat menggalakkan, pada 2018 juga program pelancongan budaya menerima sebanyak 17.98 juta pengunjung.

“Amalan dan cara hidup, seni persembahan serta hasil kraftangan mempunyai tarikan tersendiri yang boleh dipromosi dan mampu menjana pendapatan kepada negara,” katanya pada Majlis Perasmian Pameran Antarabangsa Alharamain di Muzium Negara di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha, Datuk Isham Ishak dan Ketua Pengarah Muzium Negara, Datuk Kamarul Baharin A Kasim.

Pameran yang dibawakan Kumpulan Arabi Media itu, menghimpunkan seni Islam yang berusia lebih 1,400 tahun termasuk seramik, pertukangan kayu dan besi.

Mohamaddin berkata, Pameran Alharamain juga diadakan bagi merancakkan lagi penganjuran Visit Malaysia 2020 yang menyasarkan 30 juta pelancong dengan anggaran penjanaan pendapatan sebanyak RM100 bilion.

Dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran kewujudan muzium, Muzium Negara bakal menjadi tuan rumah kepada Persidangan Asian National Museums Assosiation yang menghimpunkan wakil muzium nasional Asia, Oktober nanti.

Berita Harian X