Selasa, 1 Ogos 2017 | 8:00am
MOHD Supyan bin Abdul Rahman @ Pyanhabib menyampaikan persembahan pada Malam Puisi Pena yang diadakan di Rumah Pena. - Foto NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din
MOHD Supyan bin Abdul Rahman @ Pyanhabib menyampaikan persembahan pada Malam Puisi Pena yang diadakan di Rumah Pena. - Foto NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Pyan Habib menunjukkan buku puisi yang boleh dikongsi dengan peminat puisi. - Foto Rosman Shamsudin
Pyan Habib menunjukkan buku puisi yang boleh dikongsi dengan peminat puisi. - Foto Rosman Shamsudin

Gaduh orang politik cetus ilham puitis

KUALA LUMPUR: Menyaksikan orang politik bergaduh memberikan idea kepada deklamator dan penyair terkenal yang memiliki karektor tersendiri, Pyanhabib untuk menghasilkan puisi.

Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman secara berseloroh berkata, idea akan datang dengan laju apabila 'sakit otak' menyaksikan orang politik bergaduh.

"Sudah ada yang dibukukan antaranya dalam kumpulan puisi yang pernah diterbitkan dan dijual sendiri pada 1982.

"Ada juga dimuatkan dalam kumpulan puisi Balada Pyanhabib (2012) dan Melukis Puisi: Sebuah Pencitraan Puisi-Puisi Pyanhabib (2015)," katanya kepada Sastera & Budaya di sini.

MOHD Supyan bin Abdul Rahman @ Pyanhabib menyampaikan persembahan pada Malam Puisi Pena yang diadakan di Rumah Pena. - Foto NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din
MOHD Supyan bin Abdul Rahman @ Pyanhabib menyampaikan persembahan pada Malam Puisi Pena yang diadakan di Rumah Pena. - Foto NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din

MOHD Supyan bin Abdul Rahman @ Pyanhabib menyampaikan persembahan pada Malam Puisi Pena yang diadakan di Rumah Pena. - Foto NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din
MOHD Supyan bin Abdul Rahman @ Pyanhabib menyampaikan persembahan pada Malam Puisi Pena yang diadakan di Rumah Pena. - Foto NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Tulis persoalan hidup

Pyanhabib berkata, selain politik, beliau turut menulis mengenai persoalan kehidupan dan ketuanan secara 'runcit-runcitan' yang turut dimuatkan dalam Balada Pyanhabib.

Beliau berkata, selain imaginasi dan angan-angan, proses pembacaan juga banyak membantu sesiapa sahaja yang mahu menjadi penulis.

"Dulu-dulunya, yang menumbuhkan minat untuk menjadi penyair yang menulis puisi adalah bermula daripada membaca.

"Kita boleh menulis apa-apa saja melalui gerak hati. Benda yang hendak kita tulis banyak di sekeliling tetapi tinggal sahaja sama ada ia dapat dilakukan dengan idea yang laju atau perlahan.

"Kita kena percaya pada diri sendiri. Kalau penulisan ini bidang pilihan kita, maka teruskan untuk menulis. Walau seburuk mana pun, kita patut berbangga kerana karya itu lahir daripada angan-angan kita yang tentunya hebat," katanya.

DEKLAMATOR, Pyanhabib pada Malam Puisi Riong 2013 di Laman Beringin, Istana Budaya. - Foto NSTP/Nashairi Mohd Nawi
DEKLAMATOR, Pyanhabib pada Malam Puisi Riong 2013 di Laman Beringin, Istana Budaya. - Foto NSTP/Nashairi Mohd Nawi

Deklamator unik

Pyanhabib yang hilang pendengaran ketika remaja, dikenali sebagai deklamator yang mempunyai latunan suara yang unik ketika mendeklamasikan puisi, sekali gus membina karaktor tersendiri dalam ranah kepenyairan tanah air.

Selain deklamasi puisi, Pyanhabib juga pernah menjadi pelakon dalam filem Mat Som, Kembara Seniman Jalanan dan Tsu Feh Sofiah.

Berita Harian X