Jumaat, 28 Julai 2017 | 10:06am
ORANG ramai mengunjungi ke Malaysia Islamic Chidren's Fair (MICF) 2017 di MAEPS Serdang. - Foto Rosela Ismail
ORANG ramai mengunjungi ke Malaysia Islamic Chidren's Fair (MICF) 2017 di MAEPS Serdang. - Foto Rosela Ismail

Pesta Buku MABOPA tawar diskaun hebat

SERDANG: Pesta Buku Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, bermula kelmarin hingga Ahad ini.

Pengerusinya, Ishak Hamzah, berkata pesta itu menampilkan 100 pempamer dengan sebahagiannya menawarkan potongan harga hingga 80 peratus.

"Pesta Buku MABOPA adalah antara cara membolehkan orang ramai mendapatkan buku terus daripada penerbit pada harga berpatutan.

"Pilihan buku di kedai ada kalanya terhad, selain potongan harga ditawarkan tidak menarik berbanding tawaran pada pesta buku.

"Malah pesta buku juga adalah medan untuk penerbit mendekati pembaca dan memahami keperluan kelompok sasaran," katanya kepada BH di sini, hari ini.

Ishak berkata, pameran itu mengambil sebahagian ruang pameran di Dewan Tun Razak D, manakala separuh lagi dewan berkenaan digunakan untuk Pesta Kanak-Kanak Islam.

"MAEPS menawarkan suasana kondusif untuk pameran seperti ini kerana menyediakan tapak tempat letak kereta yang luas, kemudahan makanan dan surau yang selesa.

Pesta Buku MABOPA bermula jam 9 pagi hingga 7 malam, manakala masuk adalah percuma.

Berita Harian X