Isnin, 27 Julai 2020 | 10:30am
Umat Islam mengerjakan solat Jumaat di Hagia Sophia. - Foto AFP via Getty Images
Umat Islam mengerjakan solat Jumaat di Hagia Sophia. - Foto AFP via Getty Images

Hagia Sophia kembali rapatkan saf ummah

Saya pernah mendengar 'nama' Hagia Sophia. Namun, saya tidak ambil kisah kerana menyangka nama itu milik seorang artis, pelakon atau pemimpin. Namun, apabila nama berkenaan menjadi isu antarabangsa, baru saya tahu Hagia Sophia ialah masjid bersejarah di Istanbul, Turki.

Masjid berusia 1,500 tahun itu asalnya Gereja Ortodoks pada zaman empayar Byzantine. Ia pernah dijadikan masjid kerajaan Uthmaniyah. Ketika pemerintahan Mustafa Kamal Atartuk, Hagia Sophia dijadikan muzium.

Itu sejarah, biarkan ia berlalu. Kini, Hagia Sophia 'kembali' ke asalnya menjadi masjid. Tahniah harus diberikan kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kerana berani melakukan sesuatu tidak siapa menduga.

Beberapa pemimpin Barat menyelar tindakan berani Erdogan itu, tetapi beliau tegas dan teguh dengan pendiriannya. Jumaat lalu, Hagia Sophia menempa sejarah baharu apabila umat Islam Turki memulakan solat Jumaat. Ini perkembangan amat menggembirakan semua umat Islam.

Menurut Erdogan, Hagia Sophia bukan sahaja penting untuk Turki, tetapi juga kepada dunia Islam seluruhnya. Inilah yang amat ditakuti dan dicurigai pemimpin Barat. Mereka tidak mahu sejarah kegemilangan Islam kembali berulang di Turki.

Secara peribadi, saya menganggap Erdogan ialah pemimpin Islam yang boleh dicontohi.

Nazri Sham,
Chenor, Pahang

Berita Harian X